Tuesday, April 11, 2006
Hikmah Diam

Manusia berbicara setiap masa. bicara yg baik akn membawa keselamatan dan kebaikan kpd manusia. jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akn merana di dunia dan akhirat. di sunia akn dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati org lain akn menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka.

Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan Allah itu tidak digunakan berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan utk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.

Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkara-perkara lagha(sia-sia).

HIKMAH DIAM

1) Sebagai ibadah tanpa bersusah-payah
2) Perhiasan tanpa berhias
3) Kehebatan tanpa kerajaan
4) Benteng tanpa pagar
5) Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang
6) Istirehat bg kedua malaikat pencatat amal
7) Menutupi segala aib.

Hadith2 Rasulullah mengenai kelebihan diam yg bermaksud:

* "Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". (RIWAYAT ABU NAIM)

* "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". (RIWAYAT BUKHARI DAN MUSLIM)

* "Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya". (RIWAYAT AT- TARMIZI)

Madah dari BERDIAM:

** BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KERANA KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORANG CERDIK YANG PENDIAM LEBIH BAIK DARI ORANG BODOH YANG BANYAK CAKAP.

** MENASIHATI ORANG YANG BERSALAH, TIDAK SALAH. YANG SALAH BILA MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG.

** KALAU ORANG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YANG SEBENARNYA ORANG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara2 yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kepada kekuatan iman pada diri manusia..

oleh itu, sampai2kanlah ilmu ini, dari Abdullah bin Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:

" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

Wallahu'alam...


Posted at Tuesday, April 11, 2006 by noor atiqah
 

Tuesday, April 04, 2006
sekadar renungan bersama....

salam 'alaiki...

Sabda Rasulullah S.A.W:
" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan
Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu
tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan
menerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang
malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-
mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau
sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, kerana sudah biasa!

Posted at Tuesday, April 04, 2006 by noor atiqah
 

Friday, March 31, 2006
Cerpen 'Cinta & Tarbiyyah' (Full Version)

Semakin kuusir semakin ia hadir,
Semakin kulupakan, semakin ia membelenggu
fikiran,
Kusedar kini,
HATIKU MILIKMU
Biarpun jauh kularikan diri,
Namun ia tetap melingkar di tangkai naluri..

(Bosan! Serabut! Boleh blahlah kau Asiah Yusro!
aku tak nak seksa perasaan aku lagi) hati Umar
merintih pedih. Penantian itu satu penyiksaan.
Bertahun-tahun lamanya dia menanti handsetnya
berirama dengan satu mesej kepastian daripada
gadis itu. Bertahun-tahun itu jugalah jiwanya
sentiasa resah. Entah bila penantiannya akan
berakhir dengan satu jawapan.Entah bila!

"Umar, kau nak beli sim card baru, kan?" soal
Fathil tatkala melihat teman sebiliknya itu asyik
membelek-belek handset..

Umar mengangguk ringkas.

"Beli yang aku punya je lah," tawar Fathil.

"Separuh harga?" acah Umar.

"Beres. Kau nak sekarang ke?"

"Tak nak" Umar acuh tak acuh.

"Cis, buang karen je!" bentak Fathil.

"Bukan tak nak beli tapi tak nak kau main-
mainkan aku. Kau nak jual betul-betul ke ni?"
Umar meragui.

"Muka hensem aku ni ada gaya penipu ke?" Fathil
berwajah serius.

"Aku pelik sebenarnya. Bukan ke baru sebulan
kau beli sim card tu? Tiba-tiba nak jual, mesti ada
apa-apa,"

"Tak sampai pun sebulan" Fathil membetulkan
fakta.

"Habis tu, nak beli yang lain pulak?"

"Mmm..dah beli pun. Aku sebenarnya nak lari dari
mak we aku. Malas nak ada apa-apa kenangan.
Aku tak nak dia tahu nombor baru aku,"

"Tiap-tiap malam gayut, tiap hujung minggu asyik
dating pun, boleh clash jugak?"

"Biasalah, lelaki mudah bosan. Seplayboy-playboy
aku pun, aku nak cari perempuan baik tau. Dia ni
tak kena selera gadis idaman aku lah. Aku malas
nak cerita kat kau. Kau tahu apa Umar..tak pernah
bermak we," Fathil meluahkan.

Dia sebenarnya cemburu apabila teman wanitanya
asyik mendesak dia menceritakan tentang
seorang lelaki. Teman wanitanya terlihat lelaki itu
membonceng motornya pada suatu petang dan
asyik memuji ketampanannya. (Siapa yang tidak
cemburu...dan, kau tahu Umar...kaulah lelaki itu)

"Aku bukan jenis mainkan perempuan macam
kau" Umar menyindir.

"Eleh...nak kutuk aku lah tu. Kau tahu tak Umar,
aku clash pun sebab aku tak nak mainkan dia lagi.
Aku dah syok kat awek lain lah"

"Ish, awek malang mana lah pulak yang kan jadi
mangsa kau kali ni,.. Dasar playboy!" sinis
mengenakan Fathil sambil tersenyum.

"Dengki lah tu! Kau mengaku je lah Umar, kau tu
tak berani macam aku nak cari mak we. Sampai
sekarang tak der mak we. Dayus! Penakut!" Fathil
pula mengenakan Umar.

"Penakut?! Sikit pun aku tak takut lah...aku malas
je!"

"Eleh, cakap bolehlah. Kau kena tunjukkan pada
aku, Aku cabar kau tackle Maziah," Fathil
tersenyum sinis. Dia yakin Umar akan tewas
dengan cabarannya.

"Maziah mana pulak ni?"

"Classmate aku. Sombong betul dia..buat aku
tercabar je. Nanti ada peluang aku tunjuk kat kau.
Tapi ingat, aku memang dah syok giler kat dia.
Aku suruh kau tackle je, pas tu bagi jalan kat aku,"

"Kau kan mahir bab-bab tackle perempuan ni. Kau
je lah tackle dia,"

"Kan betul kau penakut. Malu aku nak ngaku
kawan. Kau tahu tak, Maziah ni bukan perempuan
spesis biasa-biasa, dia lain sikit lah. Sebab tu
kalau kau boleh tackle dia, memang aku tabik kat
kau,"

"Hey, aku berani lah! Tapi, buang masa aku je
tackle perempuan.." Umar menolak cabaran.

"Kau ulang lah kata kau berani 1000 kali. Aku tak
kan percaya selagi kau tak tunjukkan pada aku.
Nah, ambil sim card ni. Kalau berani, aku cabar
kau tackle Maziah dengan cara apa sekalipun"
wajah Fathil hambar. Dia keluar meninggalkan
Umar sendirian. Dia ingin menghabiskan
malamnya di cyber cafe, manalah tahu kalau boleh
sangkut dengan mana-mana awek dalam laman
chit-chat.

(Buang masa layan Umar. Jenis budak baik,
budak baik juga lah!) bisik Fathil.

Umar tercabar. Dia mendengus. Simcard baru diisi
ke dalam handset. Sejurus selepas itu, irama
handset berbunyi.

"Hello! Fathil" suara lunak seorang gadis menerjah
masuk ke gegendang telinga Umar.

"Err, hello. Fathil tak der," Umar gugup
berhadapan suara itu.

"Ah, alasan je tu! Fika tak percaya. Fika nak
cakap dengan Fathil, cepatlah.. "suara itu
mendesak.

"Betul..dia keluar. Sumpah!" Umar meyakinkan.

"Dah dekat 1000 kali Fika call, kenapa dia tak
angkat?"

"Sebenarnya, Fathil dah pakai nombor baru. Ni
dah jadi nombor saya,"

"Fika dah agak…dia memang nak larikan diri dari
Fika. Tak tahu apa salah Fika.. semua jantan
memang macam tu, suka permainkan
perempuan," suara itu bertukar sebak. Tersentuh
hati Umar.

"Tapi, tak semua.." Umar membela kaumnya.

" Fika tak pernah jumpa pun...semua lelaki yang
Fika kenali tak boleh harap,"

" Err, suatu hari nanti jumpa lah.."

" Huh, entah bila.."

" Berdoalah pada Allah,"

" Berdoa?" gadis itu ketawa terbahak-bahak
mendengar saranan Umar.

(Aku buat lawak ke?) bisik Umar, keliru.

" Okeylah. Nanti saya duduk kat sejadah dan
berdoa 24 jam. Untung-untung, putera kayangan
pun rasa nak turun melamar saya. Okey, bye!"
gadis itu melawak sambil ketawa lagi.

Hati Umar bergetar. Inilah kali pertama dia
bercakap dengan perempuan melalui telefon.
Itupun secara tidak sengaja. Suasana di Sekolah
Taman Islamnya dulu tidak pernah memberi
peluang dan ruang untuknya mengenali seorang
perempuan dengan lebih dekat. Jauh sekali untuk
berhubung begini. Kali pertama dia cuba
mendekati perempuan sewaktu awal masuk ke
universiti. Itupun tak dilayan. Masakan tidak,
perempuan itu ialah Asiah Yusro, perempuan yang
terkenal dengan waro' di sekolahnya dulu.

Suara merdu gadis yang baru dikenali sebagai
Fika itu terus terngiang-ngiang di pendengaran.

(Merdu sungguh suaranya., tentu wajahnya pun
menawan. Lagipun, Fathil syok kat perempuan-
perempuan cantik je. Tapi, kenapa boleh clash
pulak?)

(Astargfirullah! Fitnah besar pada hati aku ni...)

Umar menepis bisikan-bisikan liar yang singgah di
hatinya. Tiba-tiba irama handsetnya berbunyi lagi.

"Hello, Fika ni!"

Gurlp! Umar menelan liur.

" Hello!" balas Umar.

" Mmm. Fika lupa nak kenalkan diri tadi. Saudara
jugak tak kenalkan diri pun," Umar terlopong.
Suara merdu itu benar-benar menggetarkan
hatinya.

" Nama penuh Fika, Nur Syafika bt Amir. Pelajar
Kejururawatan. Saudara?"

" Err..Umar Al-Mujahid bin Muhammad Suyuti,"

" Wow, machonya nama. Orangnya pun mesti
macho.."

" Ish, tak der lah. Biasa je..."

" Mmm, merendah diri pulak. Awak mesti best.
Kalau Fika panggil abang Umar, boleh?"

" Abang?!" Gurlp!!!

" Aa..ah..tanda respect Fika, bukanya ada apa-
apa. Boleh kan abang Umar?!"

" Err.. " kelu lidah Umar.

" Okeylah bang Umar. Fika chow dulu. Nanti Fika
call lagi. Kalau rindu Fika, sms lah..miss you my
hero! Ummmwah.."

Gurlp! Sudah ke berapa kali Umar menelan liur.
Fikirannya jauh menerawang. Dia cuba
membayangkan wajah Fika. Hatinya dibuai bisikan-
bisikan asyik tentang seungkap nama Nur Syafika.
Suara halus selunak buluh perindu itu terus
bermain-main di ingatan. Umar cuba menepis tapi
kali ini dia tak berdaya lagi. Suara itu terlalu merdu
dan menggoda. Umar mengukir senyum sendiri.

" Umar, kau nak tengok persembahan teater, tak?"
Fathil mengajak. Kepalanya ligat mengatur strategi
untuk mempengaruhi Umar. Dia mesti bijak
menjerat Umar agar dia boleh bebas daripada
buruan Fika. Baru petang tadi dia diburu lagi oleh
Fika dengan pelbagai pujuk rayu. Akhirnya dia
menjanjikan sesuatu untuk Fika kerana dia tahu
dia tak boleh bebas daripada gadis yang licik itu
selagi Umar tak dijadikan penggantinya.

" Tak minat!" balas Umar. Ringkas.

" Cis, budak skema! Tak sporting lah kau ni. Jom
lah Umar, aku bukannya ajak kau club in, tengok
teater dalam universiti je. Lagipun, bukan ada apa-
apa malam ni..bosanlah!"

" Aku tak nak!!" tegas Umar.

" Okey, kalau kau tak nak ikut, aku nak ubah plan
pergi disco. Kau sanggup tengok kawan kau nak
pergi tempat maksiat, Umar?" Fathil tahu
kelemahan Umar, seterusnya cuba menjerat.

" Tapi..Hizbi, Banna, Hanif, Faizi dan Syamil nak
datang malam ni."

" Oh, kawan-kawan kau yang selalu datang tu.
Baik aku chow cepat-cepat. Aku segan lah ngan
diorang tu. Geng-geng malaikat tu, aku pulak geng
setan. Ntah macam mana aku sebilik ngan kau
sebab kau pun geng diorang jugak, kan?!"

" Diorang tu satu sekolah ngan aku dulu. Tapi
Hanif ngan Faizi bukan! Mereka kawan baik aku,"

" Patutlah kau pun ala-ala malaikat skit. Tak
sebulu ngan aku.."

" Hey Fathil, jangan kata cam tu! Aku pun gila-gila
macam kau jugak tau. Ingat aku suka sangat
diorang datang? Aku pun dah bosan dengan
diorang. Asyik nak ajak aku pergi program agama
je, ingat ni zaman sekolah dulu lagi agaknya,"

" Kau biar betul, Umar. Cakap bolehlah.." Fathil
ragu-ragu.

" Okey, aku ikut kau pergi tengok teater!"

" Hah, macam tu lah kawan aku! Jangan pandai
cakap je tapi kena tunjukkan. Macam ni lah yang
aku nak."

Fathil menghidupkan enjin motorsikal krissnya.
Umar membonceng di belakang. Kepalanya asyik
memikirkan pertemuan yang bakal diatur antara
Umar dan Fika.

" Eh..eh.. Maziah lah!" Fathil tak menyangka
terserempak dengan Maziah.

" Yang mana?"

" Tu, tu, baju putih."

Umar berpaling ke belakang. Matanya liar meneliti
gadis berbaju putih yang sedang menunggu di
perhentian bas bersama beberapa orang
kawannya. Kelajuan motorsikal yang dipandu oleh
Fathil menyebabkan pandangannya mampu
menatap wajah Maziah sekilas cuma.

" Nampak tak?" suara Fathil agak meninggi
melawan frekuensi angin.

" Sikit-sikit je..kau bawa motor laju sangat," balas
Umar.

" Okey, aku pusing lagi sekali. Cam betul-betul
tau." Fathil bertindak seperti apa yang dikata.
Sebaik sahaja melepasi perhentian bas itu, dia
memperlahankan motorsikalnya sambil berteriak
gatal,

" Maaaziaaahhhh...." Gadis itu memandang tepat.
Kawan-kawannya juga turut memandang. Panahan
matanya tembus ke hati Fathil hinggakan
motorsikal yang dipandunya hampir hilang
kawalan. Nasib baik sempat cover.

(Boleh tahan! Tapi, macam pernah nampak, di
mana ya?) bisik Umar.

Umar cuba mengecam wajah Maziah sekali lagi.
Matanya beralih fokus kepada seseorang.

(Eh, Asiah Yusro?!)Dia terperanjat melihat gadis
yang berada di tepi Maziah ialah Asiah Yusro,
gadis pujaan hatinya.

(Alamak, mesti Asiah Yusro terkejut tengok aku
naik motor dengan budak gila-gila macam Fathil
ni. Mesti dia sangka aku tak thiqoh lagi.
Ahh,..biarkan. Boleh blah lah Asiah Yusro dengan
thiqoh kau tu..kaulah wanita paling kejam.
Bertahun-tahun kau buat jiwa aku terseksa!)


Fathil mencari tempat parking berhampiran dewan
besar universiti. Kakinya pantas menyusun rentak
ke dewan, diiringi oleh Umar.

" Lawa si Maziah, kan?!"

" Kau memang..cari orang lawa je!"

" Kau tahu ape! Maziah tu bukan saje lawa tapi
baik, tau!"

" Buktinya?"

" Ntah?! Aku tengok dia pandai bawa diri. Nampak
terjaga.."

" Perasaan kau je tu!Aku rasa perempuan macam
tu berpotensi besar buat jiwa kau terseksa," Umar
belajar daripada pengalaman.

" Orang tak de mak we cam tu lah! Mana kau tahu
tengok perempuan,"

" Kau jangan cabar aku, Fathil. Tengoklah nanti,
dalam masa sesaat pun aku boleh cari mak we,"

Pap! Satu tumbukan lembut singgah di bahu
Fathil. Seorang gadis berwajah jelita, beraksi
menggoda sedang menarik muka masam.

" Fathil nak nyorok dari Fika, ye?!" marah gadis
itu. Comel.

(Fika?! Gurlp!!)

" Umar, kau bertuah malam ni…memang sesaat
pun!" Fathil separuh berbisik. Umar kehairanan
dan cuba mentafsirkan kata-kata itu.

" Err, tak de lah Fika. Fathil sebenarnya puas cari
pengganti untuk Fika. Bukan Fathil tak suka Fika,
tapi Fathil rasa ada orang yang lebih baik untuk
Fika berbanding Fathil. Itu tanda sayang ikhlas
Fathil pada Fika. Kenalkan ni Umar Al-Mujahid.
Dia boleh jadi pak we baru Fika," pandai Fathil
menyusun ayat. Dia memang mahir bertanam tebu
di pinggir bibir. Hatinya melonjak-lonjak riang
kerana boleh bebas daripada perempuan yang
dianggap merimaskan ini. Lagipun dia tahu,
memang itu yang Fika inginkan. Fika tentu
gembira melihat lelaki misteri yang membonceng
motornya tempoh hari, kini ada di depan matanya.

Umar dan Fika saling berpandangan. Umar lemas
dengan renungan tajam gadis itu. Dia makin
tenggelam dengan senyuman manis yang mula
berkuntum dari bibir mungil bak limau seulas,
merah bak delima merekah.

(Cunnya Fika!) terbeliak mata Umar.

(Wow, 10 kali ganda lagi hensem dari Fathil!
Macam Hritik Roshan..) Fika pun turut terpegun
dengan ketampanan Umar.

Hidup Umar makin terawang-awangan dibuai
bayangan Fika. Si gadis jelita. Teknologi
sms 'dimanfaatkan' sepenuhnya sebagai
penghubung saban hari. Kadang-kadang, sampai
tak tidur malam mereka berbalas sms.

(Jiwa aku selalu resah. Ibarat makan tak kenyang,
mandi tak basah. Inikah makna cinta? Ya, aku
rasa, aku dah jatuh cinta!)

Kini, barulah Umar dapat merasai keseronokan
memiliki seorang teman wanita sebagaimana yang
sering diceritakan oleh Fathil. Memang seronok!
Umar tak mampu lagi menongkah arus di lautan
cinta remaja yang menipu daya. Dia membiarkan
dirinya terus dan terus hanyut dipukul badai cinta
yang kian bergelora. Cinta yang terumbang-ambing
di samudera luas dan tak tertinjau tepiannya. Kini,
malamnya ditemani mimpi-mimpi indah,siangnya
teruja dek warna-warni cinta. Cinta itu indah.

(Fika, kau istimewa! Bagiku, kaulah penyingkap
makna cinta di hati ini... Fika, bayanganmu
sentiasa menemaniku. Fika, hatiku milikmu! Oh,
Fika..)

Tok!Tok! Assalamualaikum...

Kebetulan, Fathil hendak membuka pintu untuk
keluar tatkala pintu biliknya diketuk.

" Umar ada?" seraut wajah bersih seorang lelaki
tercegat di depan biliknya. Bibir lelaki itu
menguntum senyuman. Tangannya dihulur untuk
berjabat tangan dengan Fathil. Fathil menyambut
salam dengan kekok.

" Saya Banna..Hassan Al-Banna," lelaki itu
memperkenalkan diri.

" Kenal...selalu dah nampak muka kau tapi tak
tahu nama. Kau duduk kolej sebelah, kan?!"

" Mmm...awak?"

" Aku Fathil." Sejurus selepas itu Fathil melaung
memanggil Umar.

" Umar, kawan kau datang!" Tiada laung balas.
Senyap. Handset Fathil pula berirama minta
diangkat.

" Hello, Joe! Dia masih ada kat stall tu? Aku nak
pergi lah ni,". Fathil tergesa-gesa mengikat tali
kasut.

" Umar tertidur, kot. Pergi lah jenguk dalam
compartment dia tu!" Ujar Fathil kepada Banna.
Banna mengangguk. Fathil meluru keluar sebaik
sahaja tali kasutnya kemas diikat.

Banna masuk ke compartment Umar. Dia sedang
nyenyak tidur. Tidur petang. Di dalam
genggamannya yang terbuka, Banna menjeling
kepada satu mesej yang tertera di skrin handset.

Bang Umar, takkan asyik sms je. Petang esok
kita jumpa kat PWTC nak? Bolehlah
bang...plizzzzzz...luv u!!! Fika saaaaaayang
abang. Ummmwahhh!

Banna terkejut membaca mesej itu. Dikelip-
kelipkan matanya bagaikan tidak percaya.

(Umar sedang bercinta?) hatinya sukar menerima.

Selang seketika, pintu bilik itu dikuak orang. Fathil
masuk tergesa-gesa tanpa membuka kasut. Dia
mengambil sekeping kad bersampul biru muda.

(Tertinggal agaknya…)Banna memandang Fathil
dengan senyuman.

‘’Dia tak bangun lagi ke?’’ Fathil sempat
menjenguk Banna di dalam compartment Umar.

‘’Emm..tak lagi!’’ balas Banna masih tersenyum.
Fathil mendengus lalu menggoyang-goyangkan
bahu Umar.

‘’Woii, bangunlah….kawan kau datang ni!’’
tengking Fathil. Umar menggosok-gosokkan mata.
Dia menatap paparan mesej di skrin handset
seketika, kemudian pantas menutupnya.

‘’Macam tu lah dia. Hari-hari main sms sampai
tertidur. Aku nak ajak keluar pun susah sekarang
ni,’’ leter Fathil . Hati Banna makin curiga dengan
Umar.

‘’Err, nak ke mana tu?’’ Banna sempat bertanya.

‘’Nak ke stall. Sekarang ni kan Mujahidah Week,
bolehlah membeli sambil ngorat mujahidah…’’
Fathil ketawa berdekah-dekah dengan lawaknya.
Banna turut tersenyum.

‘’Chow dulu…’’ Fathil melemparkan senyuman
ramah.

(Bagus dia, mudah masuk ngan orang…) hati
Banna memuji Fathil.


Banna menerangkan kepada Umar bahawa dia
datang untuk mengajak Umar menghadiri
perjumpaan mingguan smart group bagi pelajar-
pelajar lepasan Sekolah Taman Islam, sebuah
sekolah swasta yang tidak asing lagi di negeri
Utara. Namun, tak semua orang yang
menyertainya berasal daripada sekolah itu, majoriti
mereka daripada situ. Smart group ditubuhkan
bertujuan untuk mengumpulkan mereka,
berbincang soal akademik, akhlak, isu semasa,
tarbiyyah dan da’wah. Smart group juga dapat
mengikat hati-hati mereka agar tetap bersama
sahabat-sahabat yang soleh dan suasana yang
mendidik. Kewujudan smart group adalah cetusan
dari kesedaran bahawa fatamorgana dunia hari ini
terlalu menipu daya. Maka, setiap jiwa yang hajat
kepada Islam perlu dikumpulkan bersama biarpun
dalam smart group kecil agar mereka boleh
lengkap- melengkapi dan kuat- menguatkan
menghadapi cabaran jahiliyyah.

(Ahh, boleh blahlah smart group! Pergi jahanam
dengan Asiah Yusro… Aku dah besar, aku tak
perlukan smart group. Aku bukan pelajar Sekolah
Taman Islam lagi. Aku mahasiswa universiti.
Smart group, namanya pun sudah jelek aku
mendengarnya!)

‘’Banna, ana ada hal lah esok,’’ Umar masih
mengekalkan ganti nama ana yang cukup sebati
dituturkan di Sekolah Taman Islam.

‘’Hal apa yang lebih penting dari smart group?’’

‘’Err…nak buat assignment, banyak lagi tak siap.
Hari Isnin ni dah kena hantar,’’ Umar beralasan.
Dia sudah pandai berbohong.

‘’Kalau macam tu, kita buat smart group di bilik
nta. Sambil-sambil tu, kami semua boleh tolong
nta siapkan assignment..’’ Banna menawarkan
pertolongan.

‘’Eh, tak yah lah…ana boleh buat sendiri,’’Umar
menolak.

‘’Datang smart group kejap je, Umar. Tak sampai
pun sejam. Insyallah, kalau nta datang, Allah akan
permudahkan urusan nta untuk buat asignment .
Kalau kita tolong agama Allah, Allah akan tolong
kita. Smart group bukan benda main-main, ianya
tanda sensitiviti kita pada agama. Sahabat-
sahabat kita semuanya dah cukup rindu kat nta,.
Masuk ni, dah tiga kali nta tak datang.
Bayangkan tiga minggu nta menghilang, macam
mana sahabat-sahabat kita tak risau?!’’

(Mereka semua ni sama cam dulu. Ambil berat
sungguh! Tapi, aku dah bosan dengan smart
group…)

‘’Malam kami ziarah bilik nta ramai-ramai tu, nta
ke mana? Bukan ke kita dah janji?!’’ Banna
melontarkan persoalan.

‘’Ana minta maaf. Ana terlupa. Malam tu, Fathil
ada urusan. Ana temankan dia. Tak sempat nak
hantar mesej kat nta,’’

‘’Umar, ana bukan nak marah, ana masih sangka
baik kat nta. Nta tetap sahabat kami sampai bila-
bila. Datanglah esok…’’

‘’Esok memang ana tak bolehlah. Kirim salam je
lah kat semua. Kalau ditanya, katakan ana
banyak assignment,’’

‘’Insyallah. Oh ya! Dr. Azmin kirim salam . Dia
kata puas dia contact nta tapi tak dapat-dapat,’’.
Wajah kebapaan bekas guru di Sekolah Taman
Islam yang kini sudah bergelar pensyarah itu,
bertandang di fikiran Umar. Baru semalam dia
bertembung dengan Dr. Azmin namun dia cepat-
cepat mengelak.

(Aku tak nak jumpa Dr. Azmin lagi. Aku dah bosan
dengan bicaranya tentang tarbiyyah dan da’wah.
Tarbiyyah, da’wah? Pergi jahanamlah…aku dah
meluat. Pergi jahanam bersama Asiah Yusro)

‘’Ana dah tukar sim card?’’jawab Umar bersahaja.

‘’Kenapa tak inform?’’

‘’Ana nak rahsiakan nombor ana,’’ Umar tak
berselindung.

‘’Kenapa ni Umar?’’hairan Banna dibuatnya.

‘’Ntah?!Bosan…’’getus Umar. Wajahnya berkeriut
kebencian.

‘’Bosan? Bosan dengan apa?’’

‘’Bosan dengan semua yang ada di Taman Islam.
Ana rasa terkongkong. Betul-betul bosan! Rasa
muak bila diajak ke program-program tarbiyyah
terutamanya smart group. Tolonglah…ana tak nak
dengar perkataan tu lagi, bosan! Ana tak nak
semua ni. Ana nak rasa enjoy macam orang lain.
Ana tak tahan dan memberontak bila kat sini pun
korang semua masih nak kongkong ana macam
kat Taman Islam dulu. Ziarah, usrah, ukhuwwah,
da’wah, tarbiyyah…ahh, meluat!’’terpancul kata-
kata yang sarat luahan.

(Kenapa aku luahkan semua ni? Ahh…biarkan…
biarkan…dah lama benar ia terpendam) Umar puas
dengan luahannya. Peluh dingin memercik di dahi.

Banna terpaku.

(Benarkah apa yang aku dengar ini? Alam nyata
ke ni?)

‘’Umar, nta bosan dengan hidayah Allah?’’ Banna
mengungkap.

(Gurlp! Bisa sungguh pertanyaan ni!)

‘’Umar, kat Taman Islam dulu, nta Ketua
Pengawas yang sangat ana kagumi. Ana masih
ingat lagi kata-kata nta dulu….. diri kita ibarat
cawan. Kalau kita tak tuang di dalam cawan
dengan air, molekul-molekul angin akan masuk.
Begitulah juga diri kita, kalau kita tak tuang
dengan ilmu dan iman, anasir-anasir lain akan
masuk. Kita hajat kepada tarbiyyah untuk mengisi
diri kita dengan bekalan iman agar hidayah Allah
kekal dan tak hilang dalam hati. Kita terlalu hajat
pada hidayah Allah,’’ Banna menyambung lagi,

‘’Umar, ke mana pun kita lari dan pergi, kita akan
kembali kepada Allah. Kita tak boleh sombong
dengan Allah. Allah boleh menapis diri kita
daripada mendapat hidayah-Nya bila-bila masa
saja, sebab tu lah kita perlu bersyukur dengan
hidayah Allah dan perlu berusaha
mengekalkannya. Allah dah tunjukkan jalan yang
terbaik untuk kita, kenapa kita nak sia-siakannya?’’

‘’Ahh, jangan ulang ucapan tu lagi. Ana bosan
mendengarnya,’’ jiwa Umar gersang. Sudah lama
tak disirami hujan iman.

(Itu dulu. Apa yang aku dapat dari semua tu?
Kerana semua tu lah, aku mengenali Asiah Yusro,
lantas sejak itulah perasaanku terseksa. Aku juga
tahu, kerana semua tu lah Asiah Yusro tak
membalas cintaku. Semua tulah yang merampas
Asiah Yusro dariku. Aku benci!!!)

‘’Umar, jangan cuba lari dari hidayah Allah.
Fikirkanlah, sampai bila nta nak berkrisis dengan
Allah macam ni? Hidup ini takkan selamanya
begini. Kita akan mati berjumpa Allah. Nta nak
termasuk di kalangan orang-orang yang rugi?’’
Banna tidak jemu melembutkan hati Umar. Banna
terdiam.

(Ahhhhhhhhh….bosannya!!! Tapi, betul juga cakap
Banna)

‘’Ana tak sekuat nta, Banna. Ana futur, tak larat
nak bangun balik. Nantilah,esok kalau ada masa
ana datang smart group,’’ jiwa Umar terusik.
Banna tersenyum. Air liurnya tak terbuang sia-sia.

‘’Ana akan tunggu nta.Bukan ana je, tapi kami
semua akan tunggu nta. Ingat, sahabat-sahabat
kita rindukan nta, terutamanya mas’ul kita, Dr
Azmin,’’



Irama handset Umar berbunyi. Umar nampak
gugup.

‘’Hello, err, nanti abang telefon kemudian. Abang
ada tetamu ni…’’ Umar menjawab panggilan
dengan ringkas. Banna faham lalu meminta diri.

‘’Tak per lah Umar, ana pergi dulu. Nak jumpa adik
kembar ana kat stall jap, Assalamualaikum.
Jumpa lagi,’’ Banna bangun beredar. Umar
membalas salam. Selang seketika,handsetnya
berbunyi lagi. Umar menjawab panggilan itu
dengan suara lembut. Banna menjeling.

(Adik dia kot…)hati Banna cuba berbaik sangka.
Namun, otaknya ligat berfikir sesuatu. Basah di
ingatannya mesej yang sempat dicuri-curi baca
sebentar tadi, lalu dia membuat satu sms.



Assalamualaikum. Smart Group bertukar venue di
PWTC, kul 5.30 ptg esok.

Banna melangkah ke gerai yang berderet-deret
tersusun berhampiran dewan besar universiti
sempena Mujahidah Week. Dia mencari gerai
kepunyaan Kelab Penulisan. Adik kembarnya
berniaga di situ. Dari jauh, Banna melihat adiknya
Maziah bersama Asiah Yusro, teman baik adiknya
sedang sibuk menyusun buku-buku di gerai
mereka.

(Ish, Asiah Yusro pun ada?! Seganlah….)hati
Banna berbisik. Dia mengakui hatinya resah
tiapkali terpandang Asiah Yusro, mawar mujahidah
acuan Sekolah Taman Islam yang sangat
dihormati kerana ketokohannya dalam tarbiyyah
dan da’wah. Lantaran itu, hatinya akan segera
beristighfar. Dia tidak mahu jiwanya dibiarkan
parah dibaham mazmumah.

Banna memberanikan jua kakinya melangkah
mendekati gerai Kelab Penulisan.

‘’Assalamualaikum. Maziah, abang nak jumpa,
jap,’’ Banna mengajak adiknya beredar sedikit
daripada gerai itu. Maziah meminta izin daripada
Asiah Yusro. Asiah Yusro mengangguk lembut
sambil mengukir senyuman. Sebelum beredar
bersama abangnya, Maziah sempat mengambil
cebisan-cebisan kertas berwarna biru yang baru
dikoyak dari dalam lipatan sebuah buku.

‘’Kertas apa tu?’’ Banna menjeling.

‘’Tadi, ada sorang classmate Maziah bagi. Geli
Maziah membaca ayat-ayat yang ditulis lalu
dengan spontan tangan Maziah mengoyaknya.
Maaf, tak sempat nak tunjuk kat abang..’’ Maziah
meyerahkan cebisan-cebisan kertas itu ke tangan
abangnya. Banna menyambut lalu membelek-
belek.

‘’Lelaki ke?’’

‘’Kalau perempuan, Maziah tak kan buat macam
ni, bang…’’

‘’Hidup remaja memang terlalu mencabar. Dugaan
cinta macam ni akan datang silih berganti. Sebab
tu lah kita hajat sangat pada tarbiyyah agar kita
tak hanyut nanti.,’’nasihat seorang abang.

‘’Abang doakanlah selalu untuk Maziah ye.
Hidayah tu milik Allah…Maziah takut hidayah tu
hilang dari diri Maziah jika tergoda dengan ujian ni.
Allah tak perlukan Maziah tapi Maziah memang
terlalu memerlukan hidayah-Nya untuk selamat di
dunia dan akhirat. Kalau kita tak jaga hidayah
Allah, ia boleh pergi meninggalkan kita, kan
bang?!’’

(Syukurlah Allah masih memberi kesedaran ini
kepada adikku. Wanita yang ditarbiyyah adalah
sebaik-baik nikmat di dunia ini)

‘’Mmm.Sama-samalah kita berdoa….’’ Banna
mengangguk setuju.

‘’Kau tengok tu! Patutlah dia koyak senang-senang
je kad yang aku beli mahal-mahal, rupa-rupanya
dah ada pak we,’’ bentak Fathil yang berada
selang beberapa gerai dari kedudukan Maziah dan
abangnya.

‘’A’ah lah Fathil. Eh, eh, dia tunjuk kat pak we dia
pulak kad kau tu. Aku rasa, tentu pak we dia
tengah hina kau teruk-teruk. Melampau diorang ni,
Fathil,’’ tambah Joe.

‘’Dating depan orang ramai pulak tu,’’ darah Fathil
mendidih.

‘’Nampak je baik, tapi spesis Fika jugak ni. Yang
aku bengang sangat, aku kenal pak we dia tu,’’gigi-
gigi Fathil dicengkam kuat, bergemerincing.

‘’Siapa?’’

‘’Kawan roommate aku. Banna namanya. Ingatkan
dia budak waro’, tapi sama setan cam aku je.
Maziah tu pulak memang sengaja dating depan
aku, nak sakitkan hati aku lah tu,’’

‘’Fathil, kau tengok je awek kau kena kebas depan
mata? Kalau aku, aku takkan biarkan budak tu.
Kena bagi penangan skit…’’

‘’Aku ni pantang dicabar, Joe. Aku tengah
mendidih ni. Dah lah aku meluat ngan Fika ramai
boyfriend, baru nak pikat perempuan baik, begini
pulak jadinya. Kalau nak bagi penangan, bukan
setakat Banna, Maziah dan Fika pun aku nak ajar
sekali,’’

‘’Aku tahu kalau Fathil yang cakap memang dia
buat,’’ Joe makin mengapi-apikan kemarahan
Fathil.

‘’Joe,malam ni kau dan Umar ikut aku belasah
Banna, nak?’’

‘’Malam ni? Kenapa lambat sangat…sekarang ni
pun dah boleh belasah ngan mulut. Semburlah
pedas-pedas skit kat diorang yang tengah
berasmara tu,’’

Fathil makin terbakar dengan hasutan Joe.

‘’Maziah, tahu tak ziarah keluarga Hanif pada cuti
semester lepas tu ada makna?’’

‘’Hanif mana ni bang?’’

‘’Alah, Hanif…kawan abang yang hitam manis tu.
Dia tak de rupa sangat tapi agamanya, insyallah.’’

‘’Oh, yang ada bersama abang ketika kita jumpa
hari tu?! Dia dari Sekolah Taman Islam jugak ke,
bang?’’ Pergaulan yang terbatas di sekolah itu
menyebabkan pelajar perempuannya kurang
mengenali pelajar lelaki. Begitulah sebaliknya.

‘’Takk, dia sekolah biasa je. Tapi aktif ikut
tarbiyyah kat sini. Dia dalam smart group yang
sama dengan abang.,’’

‘’Maziah ingat….zaman kecil-kecil dulu,
keluarganya selalu ziarah rumah kita. Tapi, bila
dah besar macam ni dia jarang ikut keluarganya
ziarah. Dia tu nakal masa kecil dulu,kan abang?
Maziah cukup tak suka kat dia dulu. Dia selalu
ejek Maziah macam-macam,’’

‘’Alah, masa kecil semua orang nakal. Perempuan
biasanya baik sikit lah. Kalau kita tahu kelemahan
seseorang, kita kena ingat, no body is perfect.
Kita pun ada kelemahan. Membetulkan adalah
tanggungjawab kita. Maziah macam mana
sekarang ni? Boleh terima ke kalau keluarga Hanif
masuk meminang?’’

‘’Sebenarnya, Maziah dah fikirkan semua ni. Umi
dah bagitahu Maziah awal-awal lagi. Ibubapa Hanif
betul-betul berharap. Maziah tak kisah siapa pun
yang bakal jadi suami Maziah, asalkan fikrahnya
jelas dan dia berada di atas jalan tarbiyyah dan
da’wah. Maziah tak pernah pandang rupa atau
kekayaan, Maziah hanya hajat pada agama dan
bimbingannya,’’

‘’Syukurlah, abang gembira dengan jawapan
Maziah….’’

Tiba-tiba…..

‘’Ingatkan perempuan pakai tudung labuh tu baik,
tapi tak sangka ala-ala setan jugak. Nak dating
pun pergi tempat lain lah woiii…’’laung Fathil
dengan kuat ke arah Banna dan Maziah. Mereka
terkejut. Beberapa orang pelajar yang lalu lalang
memandang sinis ke arah mereka dengan kata-
kata Fathil yang lantang itu. Banna cuba
menjelaskan keadaaan. Dia menghampiri Fathil.

‘’Fathil…dengar sini…’’

‘’Aku kenal kau. Hipokrit. Berlagak baik tapi
sebenarnya setan….’’

‘’Fathil…’’ Banna cuba bersuara lagi. Terhalang.

‘’Sudahlah….tak payah nak mengaku baik lagi.
Sudah terang lagi bersuluh. Nak buat maksiat pun
depan-depan orang. Buat malu nama universiti je,’’
Fathil tidak mahu mendengar apa-apa penjelasan
daripada Banna selepas memalukan mereka
berdua di khalayak ramai. Dia puas lalu
meninggalkan mereka terpinga-pinga.

Asiah Yusro melihat kejadian itu. Dia bergegas
menghampiri Maziah.

‘’Sabarlah Maziah, Allah tahu nti adik- beradik,’’

‘’Manusia memang macam tu, bila timbul rasa
dendam dan cemburu tak bertempat, dia mula lah
nak lakukan perkara tak baik pada orang lain,’’
luah Maziah dengan gelagat Fathil, rakan sekelas
yang sering mengganggunya saban hari.

‘’Maziah, pandanglah semua orang dari kacamata
dakwah. Kasihan lelaki tadi, mungkin niat dia
ikhlas nak mencegah mungkar di depan matanya
tapi kurang teliti dengan tindakannya. Lagipun,
kedudukan Maziah dan abang Maziah tadi
memang boleh menimbulkan prasangka, betul
tak ?’’ Maziah mengangguk.

‘’Kita doakanlah agar orang sepertinya akan
mengenal tarbiyyah dan da’wah bil hikmah dengan
izin Allah,’’ Kata-kata Asiah Yusro menenangkan
hati Maziah. Dia berzikir memuji Allah.

Banna datang menghampiri adiknya.

‘’Maziah, kita beristighfarlah atas kejadian tadi.
Mungkin silap kita juga. Semuanya kerana salah
faham,’’ Banna mengingatkan adiknya. Maziah
tersenyum. Begitu juga Asiah Yusro.

‘’Insyallah, bang! Err, abang…dia lah yang
menghantar kad biru tu. Maziah ada mendengar
abang panggil nama dia tadi, abang dah kenal dia,
ya?!’’ Tanya Maziah.

‘’Dia roommate Umar Al-Mujahid, bekas ketua
pengawas sekolah kita dulu. Abang selalu ziarah
biliknya,’’ Banna menerangkan. Di Taman Islam,
siapa yang tak mengenal Umar Al-Mujahid.

‘’Oh, ingat tak peristiwa kat bus stop tu? Rasanya,
Umar lah yang membonceng motor dia?’’ Maziah
memandang Asiah Yusro. Asiah Yusro berfikir
sesuatu. Hatinya resah mendengar nama Umar Al-
Mujahid.

(Apa khabar dia sekarang? Masihkah dia seperti
dulu? Hebat dengan tarbiyyah dan da’wah…). Tak
lama kemudian, Asiah Yusro bersuara,

‘’Ana pun rasa begitu. Bersyukurlah kalau lelaki
tadi sebilik dengan Umar. Mudah-mudahan Umar
boleh membimbingnya mengenal tarbiyyah dan
da’wah,’’

Banna terdiam dengan kata-kata itu.

(Alangkah bagusnya kalau begitu. Tapi, aku takut
si Fathil pula yang membimbing Umar agar lari dari
hidayah Allah. Na’uzubillah. Astargfirullah, sangka
tak baik kat orang pulak aku ni. Astargfirullah)

Fathil masuk ke bilik dengan nafas kencang
berombak di dada. Dipecat baju lalu dihempas
kasar ke katil. Sejurus kemudian, dia merebahkan
badan.

‘’Kenapa kau ni, Fathil? Masih gagal tackle
Maziah ke?’’ tanya Umar yang sejak tadi
memerhati. Umar baru sahaja selesai berbalas-
balas sms dengan Fika.

‘’Aku bengang betul lah!’’

‘’Bengang apa?’’

‘’Maziah dating depan aku tadi lepas sesuka hati
dia je koyak kad yang aku bagi. Siapa tak
bengang?’’

‘’Orang dah ada pak we, cari lain je….’’

‘’Huh, tak semudah tu! Ni Fathil…dia belum kenal
lagi siapa Fathil!’’

‘’Kau nak buat apa?’’ Umar ingin tahu.

‘’Aku nak belasah dia malam ni. Kalau kau kawan
aku, kau kena ikut aku,’’

‘’Belasah perempuan?’’ (Gila!) bentak hati Umar.

‘’Bodoh! Belasah pak we dia lah…’’

‘’Eh, kau biar betul! Takkan sampai nak belasah
orang,’’

‘’Kau memang penakut lah Umar. Benci!
Bukannya aku nak belasah betul-betul. Takut-
takutkan je. Joe pun ikut sekali, tak penakut
macam kau! Kau bayangkanlah, dia sanggup
rampas mak we aku dan sengaja ajak dating
depan mata aku. Anak jantan mana tak tercabar? ‘’

‘’Bila masa kau berjaya jadikan Maziah awek kau?
Orang rampas awek kau atau kau yang rampas
awek orang?’’ Umar tahu Fathil tak pernah berjaya
tackle Maziah.

‘’ Kau tahu apa Umar?! Tu lah…asyik gila bersms
je. Kau kena ingat, kau dapat Fika pun sebab aku.
Apa perasaan kau kalau aku nak berbaik balik
ngan Fika dan ajak dia bermadu asmara depan
mata kau?’’

Umar akhirnya mengalah.



‘’Hah, tu dia! Kau sedia Joe, kau masuk dulu,’’
Fathil menunding jari tepat ke arah Banna yang
baru sahaja keluar dari kolejnya menuju ke
kafetaria. Wajah Banna agak samar dalam cahaya
neon yang kurang terang. Fathil, Umar dan Joe
bersembunyi di sebalik sebatang pokok pinang
kota. Tatkala Banna melewati kawasan yang agak
gelap itu, Joe menerajang Banna dari belakang
sekuat hati. Tenaganya difokus padu kepada kaki.
Banna jatuh terpelanting beberapa meter ke tanah.
Mukanya tersembam ke batu sehingga hidungnya
berdarah. Gigi taringnya hampir tercabut.Umar
masuk menyerang dengan menyiku belakang
Banna beberapa kali. Banna masih tersemban di
situ. Dia menarik kolar baju Banna untuk membuat
pukulan seterusnya namun langkahnya mati serta-
merta tatkala terpandang wajah lelaki itu.

Banna dan Umar saling berpandangan. Tangan
kiri Umar masih kemas menggengam kolar baju
Banna dan tangan kanannya menggumpal
penumbuk. Perlahan-lahan Banna melepaskan
gengaman dan meleraikan penumbuknya. Umar
menghulurkan tangan, membantu Banna untuk
bangun. Banna menyambut dan bangun
membersihkan debu-debu tanah di badannya.

(Kau Banna? Ah…kasihan kau!) kesal hati Umar.



‘’Cis, mampuslah korang berdua!’’ Fathil meradang
melihat drama itu lalu cuba menyerang Umar dan
Banna serentak. Umar bertindak pantas
mematahkan serangan Fathil dengan
menggunakan ilmu taekwando yang dimiliki. Fathil
sempat membuka beberapa langkah silat tempang
dan membuat tumbukan tepat sebelum
serangannya dipatahkan. Joe pula masuk
membantu tetapi silatnya juga berjaya dipatahkan
oleh Banna walaupun sudah tercedera. Banna
gagah dan tegap orangnya. Kalau tidak dipukul
curi sebentar tadi, mungkin mereka tak berpeluang
mencederakannya.

‘’Woii!!’’ seorang Pak Guard yang kebetulan
meronda menjerkah mereka. Cahaya lampu
picitnya yang terang meyuluh satu persatu wajah-
wajah pelajar di hadapannya. Dia sudah berada
terlalu dekat dengan mereka.

(Tiada harapan untuk lari) dengus Joe.

‘’Woii. Korang gaduh ye?’’

‘’Tak, kami berlatih taekwando!’’ Fathil berdalih.

‘’Berlatih taekwando? Takkan sampai berdarah-
darah cam ni?’’ Pak Guard menyuluh tepat ke arah
Banna. Hidung dan mulutnya berdarah. Gigi
taringnya yang longgar akibat tersemban ke batu,
kini sudah tercabut kerana terkena penumbuk Joe.

‘’A’ah. Kami ada perlawanan minggu depan.
Terpaksa berlatih kat kolej,’’ tambah Joe.

‘’Jangan nak berdalih. Aku dah masak dengan
perangai student. Tak de orang yang berlatih
sampai berdarah cam ni,’’ Pak Guard masih curiga
lantaran melihat darah yang makin membuak-buak
keluar dari hidung Banna. Begitu juga mulutnya.

‘’Betul Pak cik. Saya berdarah sebab tersembam
ke batu tadi. Tak sengaja,’’ Banna pun terpaksa
berbohong untuk meredakan keadaan yang
menjadi semakin tegang.Bukan bohong tapi helah.

‘’Lain kali, kalau nak berlatih pun, pergilah dekat
court . Yang korang berlatih dalam gelap tepi batu-
batu kerikil ni, saper suruh? Sudah, aku tak nak
tengok korang berlatih kat sini lagi. Cari tempat
lain!’’ Pak Guard meyakini kata-kata Banna lalu
minta mereka segera bersurai.



‘’Kau ingat, kau tunjuk baik, aku boleh maafkan
kau?’’ api kemarahan Fathil masih menyala-nyala
terhadap Banna. Telunjuknya tepat dihala ke arah
batang hidung Banna. Ketika itu Pak Guard sudah
pun berlalu pergi.

‘’Woii, Fathil! Kenapa kau tak cakap awal-awal kau
nak belasah kawan aku, hah?’’ Umar menengking
Fathil. Joe sedang mengurut-ngurut lengannya
yang sakit dipulas Banna sebentar tadi.

‘’Kau ingat aku ni bodoh sangat nak bagitahu kau?
Mesti kau tolak awal-awal. Aku nak kau nampak
sendiri, kawan kau yang tak guna ni lah rampas
mak we aku. Pas tu dating depan orang ramai,
buat maksiat!’’

Umar terdiam. Dia memandang Banna seketika.
Dia teringat Banna ada mengatakan bahawa dia
ingin berjumpa adik kembarnya ketika akhir
pertemuan mereka petang tadi.

(Patutlah first time aku tengok Maziah, aku rasa
aku pernah nampak dia. Baru aku perasan,
wajahnya memang mirip wajah Banna)

‘’Fathil, awak salah faham..’’ Banna bersuara,
cuba menjelaskan keadaan. Fathil segera
memotong.

‘’Aku tak nak dengar apa-apa dari orang hipokrit
macam kau! Maziah tu mak we aku, kalau aku
nampak korang berdua-duaan lagi sekali, aku
takkan serik belasah kau,’’

‘’Bodoh! Memang kau salah faham…’’ Umar
menengking lagi. Dia tak dapat menahan
kemarahannya. Kalau dikutkan hati, mahu sahaja
dia meramas-ramas mulut celupar Fathil yang
menuduh Banna bukan-bukan.

‘’Salah faham apa? Aku tengok depan mata kepala
aku sendiri…’’ Fathil menguatkan kenyataannya.

‘’Aku pun tengok!’’ tambah Joe.

‘’Kau pun sama bodoh! Buat malu je! Tu adik
kembar dia lah, bukan mak we!’’ Umar meyakini
Banna memang mempunyai adik kembar
walaupun tak pernah mengenali kembar Banna
sebelum ini. Banna adalah sahabat yang terlalu
dipercayainya. Fathil terdiam kaku dengan
keterangan itu. Merah padam mukanya.

(Aku belasah bakal abang ipar aku sendiri?)



Dari jauh Pak Guard tadi melihat mereka masih
belum bersurai malah bertikam lidah pula. Dia
menghidupkan motorsikalnya untuk meronda ke
sana lagi sekali.

‘’Anggaplah tak de apa-apa yang berlaku. Saya
minta maaf. Semuanya kerana salah faham bukan
salah sesiapa,’’ ujar Banna dengan lembut sambil
menghulurkan tangannya.

(Uih, makhluk jenis apa yang baik sangat ni?)
Malu sendiri Fathil dibuatnya. Dia tidak
menyambut salam itu kerana terlalu malu. Dia
menumbuk ringan bahu Joe untuk mengajaknya
beredar. Pak Guard yang semakin hampir
membatalkan niatnya menegur tatkala melihat
adegan Banna menghulur tangan, kemudian Fathil
dan Joe mula beredar.

‘’Tadi, berlatih taekwando. Ni berlatih teater pulak
ke?’’ sempat Pak Guard menyindir sambil berlalu
pergi.


Umar merenung wajah Banna.

‘’Banna, cedera nta teruk ke?’’

‘’Sikit je,’’ balas Banna, masih mampu mengukir
senyuman.

‘’Nta tak patut minta maaf dari Fathil. Bukan salah
nta pun. Fathil tu yang memandai kata Maziah
awek dia. Dia memang macam tu, kalau dah syok
kat perempuan, memang dia usahakan jugak
sampai dapat,’’

‘’Lupakanlah….. Sebenarnya, Maziah tu dah ada
orang masuk. Ana harap nta boleh bagitahu Fathil
hal ni,’’

‘’ Insyaallah.Ana minta maaf. Ana betul-betul tak
tahu mereka nak belasah nta tadi,’’ Umar dihantui
rasa bersalah apatah lagi melihat sahabatnya
berdarah.

‘’Tak per, Umar. Lupakan… Nta juga yang tolong
ana tadi. Terima- kasih! Moga Allah yang dapat
membalasnya. Tapi, ana harap nta akan
mengambil pengajaran. Belasah orang bukan cara
untuk menyelesaikan masalah. Silap haribulan,
boleh kena buang universiti. Kita kena berfikir
panjang sebelum bertindak. Hari ni, ana, kawan
nta sendiri yang nta belasah. Esok lusa, kalau nta
belasah orang lain pun, dia juga adalah kawan
kepada seseorang, anak lelaki kepada seseorang
dan abang kepada seseorang. Fikirkan berapa
manusia yang membenci dan tak meredhai nta
kalau nta membelasah seseorang!!’’ Kata-kata
Banna membuatkan Umar terfikir.

‘’Banna, ana minta maaf!’’ Umar memeluk Banna.
Handsetnya berirama sekaligus meleraikan
pelukannya. Ada mesej yang diterima.



Bang Umar sayang, esok kita jumpa kat PWTC,
jangan lupa pulak! Fika dah tak tahan ni. Rasa
rindu sangat kat abang. Hidup Fika betul-betul jadi
gila tak menentu, asyik ingatkan abang je! Esok
ye sayang….luv U!!



Umar serba- salah selepas membaca mesej itu.
Wajah Hanif, Syamil, Hizbi, Faizi dan Dr. Azmin
seakan-akan terpancar dari anak mata Banna,
mereka seolah-olah sedang melambai-lambai
mengajaknya ke smart group pada petang esok.
Umar membaca mesej Fika sekali lagi. Dia tewas
dengan kuasa cinta Nur Syafika.

‘’Banna, esok jangan lupa kirimkan salam ana kat
semua. Ana betul-betul tak boleh pergi smart
group,’’

‘’Baiklah, ana tak berhak paksa nta. Ana cuma
mampu mengajak. Ana doakan, Allah
permudahkan urusan nta untuk siapkan
assignment nta,. Kalau sempat siap, nta
datanglah. Kejap pun tak per,’ balas Banna.
Mengharap.

****************************************************

Fika tidak putus-putus mengukir senyuman.
Wajah kacak Umar Al-Mujahid benar-benar
membuatkan dia berasa bangga dapat berjalan di
sisinya. Matanya sentiasa menjeling manja
menatap wajah pemuda itu. Dia cuba
memasukkan jejari halusnya di celah jejari Umar
namun ditepis oleh Umar. Suasana di tepi tasik
PWTC begitu romantis dirasakan.

‘’Kita tak boleh bersentuhan lagi, berdosa!’’ iman di
dada Umar bersuara. Fika mencebikkan bibir.

‘’Alah, pegang tangan je, bukan buat apa-apa yang
tak senonoh. Fika kan sayang abang. Nanti, Fika
jadi milik abang juga. Apa salahnya Fika nak
bermanja sikit dengan abang,’’Fika bersuara
manja. Gerak badanya melentok ke sana- sini
kerana cuba menggoda Umar. Umar terdiam.
Gurlp!! Tersirap darah mudanya.Perlahan-lahan,
tangannya dibiarkan berada dalam genggaman
Fika.



Fika puas kerana tindakannya tidak dihalang lagi.
Direbahkan pula kepalanya ke bahu Umar.

‘’Abang Umar sayang, Fika nak tunjuk sesuatu
pada abang, tapi Fika takut abang marah Fika,’’

‘’Tunjuk apa?’’

‘’Abang kena janji takkan marah?’’

‘’Kenapa abang nak marah pulak?’’

‘’Janjilah dulu sayang…’’

‘’Okey,abang janji takkan marah Fika,’’

Fika tersenyum. Dia membuka selendangnya di
hadapan Umar. Kacamata hitam yang dipakai turut
dipecat seketika. Umar kelu tak terkata apa-apa.

‘’Fika nak tunjuk rambut Fika, baru buat teknik
rebonding. Lurus tak rambut Fika? Abang suka
tak?’’

Gurlp! ‘’Fika, pakai balik tudung tu!’’ arah Umar.

‘’Kenapa? Abang tak suka rambut Fika ke?’’ Fika
bersuara merajuk.

‘’Err, suka. Tapi, perempuan tak boleh tunjuk
rambut dia pada lelaki. Berdosa!’’

‘’Alah, Fika tunjuk pun pada bakal suami Fika
juga. Inilah tanda sayang Fika pada abang. Fika
memang terlalu sayang kat abang. Salah ke Fika
nak bahagiakan abang? Abang tu sepatutnya
hargai pengorbanan Fika. Abang ingat, buat teknik
rebonding ni murah ke? Fika bazirkan duit Fika
untuk abang. Fika nak kelihatan cantik pun
semata-mata untuk abang. Ini bukti cinta Fika,
bang! Tulus cinta Fika pada abang…’’ Umar makin
lemas dihambur kata-kata manis Fika.Matanya
dikaburi warna-warni pelangi yang indah dalam
dunia cinta ciptaan syaitan. Imannya direntap-
rentap dan ditusuk-tusuk oleh kata-kata Fika.
Tangannya mula diangkat berani memeluk bahu
Fika. Matanya dipejamkan agar mindanya boleh
terbang menyahut khayalan dunia cinta Nur
Syafika.


‘’Sejauh mana pun kita bersembunyi, Allah tetap
nampak kita,’’ungkapan kata-kata Dr. Azmin tiba-
tiba terngiang-ngiang di minda Umar. Imannya
berbisik lagi, masih tidak mahu tewas melawan
bisikan syaitan.

Serentak dengan itu, Umar membuka matanya,
terbit rasa berdosa. Dia memandang sekeliling dan
mula terperasan bahawa ada sekumpulan pemuda
sedang berkumpul di tepi tasik dengan posisi yang
sangat hampir dengan posisinya. Mereka sedang
rancak berbincang sesuatu. Umar menjeling
sekilas pandang.

‘’Gurlp! Diorang?’’ Dada Umar berombak kencang
tatkala melihat Banna, Hanif, Hizbi, Syamil, Faizi
dan Dr Azmin sedang mengadakan smart group di
situ.


Umar menolak Fika dari pelukannya. Dia
mencapai selendang Fika lalu memakainya.
Kacamata hitam milik Fika turut dipakainya. Fika
hairan melihat tindakan Umar disusuli ketawa
manja. Dia menyangka Umar sedang berlawak
untuknya.

‘’Kenapa abang pakai selendang Fika? Luculah
abang ni!’’ Fika mencubit paha Umar.

‘’Fika, apa yang kita buat ni berdosa!’’ Umar
bersuara tegas menyebabkan Fika mengkeriukkan
dahinya. Umar semakin diburu rasa bersalah
tatkala melihat sahabat-sahabatnya.

(Ya Allah, aku harap mereka tak nampak aku!) hati
Umar menaruh harapan. Dia tidak sedar bahawa
sahabat-sahabatnya sudah sekian lama
memerhati gelagat mereka berdua.

‘’Tapi…ini bukti cinta kita, bang! Fika bahagia
dalam pelukan abang. Fika sayang abang,’’

‘’Mampuslah dengan cinta! Nak kena tangkap
basah?’’ Umar tiba-tiba meradang. Jiwanya takut
sekali.

‘’Jom balik!’’ Umar mengajak pulang.

‘’Abang, Fika tak fahamlah! Kenapa tiba-tiba nak
ajak balik? Fika belum puas lagi bersama
abang!’’wajah Fika penuh keliru.

‘’Fika ada sakitkan hati abang ke? Kalau ada,
tegurlah Fika, jangan buat Fika tertanya-tanya
macam ni. Fika tak nak kehilangan abang
sebagaimana Fathil tinggalkan Fika. Fika sayang
abang!’’

‘’Abang nak balik…’’ Umar berdiri lalu berjalan
meninggalkan Fika.

‘’Abang Umar, pulangkan tudung Fika!’’ Fika
menjerit kuat membuatkan semua sahabat-
sahabat Umar berpaling ke arah Umar. Umar turut
terhenti langkahnya dan memandang sahabat-
sahabatnya. Mata mereka bertembung.

Hanif tiba-tiba tergelak kuat melihat keadaan Umar
yang cuba menyembunyikan dirinya dengan
memakai selendang perempuan. Dr Azmin
menyiku Hanif. Hanif tunduk terdiam. Umar
membuka selendang yang dipakainya. Dicampak
ke lantai. Air mata lelakinya bergenang. Ditahan
sekuat hati agar tidak tumpah. Sahabat-
sahabatnya datang menghampiri. Fika berdebar
melihat lelaki-lelaki itu lalu diambil selendangnya
sambil cepat-cepat berlalu pergi.

(Pegawai pencegah maksiat ke ni? Baik aku lari.
Padan muka kau, Umar. Kau hadapilah seorang
diri!)


‘’Antum semua dah nampak. Ana jahat!!!’’ Umar
meluahkan. Suaranya sebak.

‘’Umar, kalau kami tak nampak pun, Allah tetap
nampak! Dia berada dimana sahaja!’’ Dr. Azmin
bersuara.

‘’Umar, nta harapan agama, harapan ummah!
Kembalilah mencari hidayah Allah,’’ Dr. Azmin
bersuara lagi.

‘’Ana rasa berdosa.Kotor! Tak layak untuk
menerima hidayah Allah!’’ luah Umar penuh
kesalan.

‘’Kita tak layak atau tak nak? Itulah hebatnya kita
ada Allah dalam hidup kita. Sejahat mana pun
kita, Dia tetap sayangkan kita. Kembalilah
Umar….kembali bersama kami,’’ Banna memujuk.

‘’Ya, Umar. Nta tetap sahabat kami sampai bila-
bila. Jangan sia-siakan potensi diri nta. Kami
masih menaruh harapan tinggi pada nta,’’ lembut
kata-kata Hizbi.

‘’Umar, di mana hilangnya Umar Al-Khattab abad
ke-21 yang bertunas di Taman Islam dulu?’’ Banna
mengingatkan saat kegemilangan Umar, Ketua
Pengawas Sekolah Taman Islam yang berwibawa.

Syamil dan Faizi turut memberikan kata-kata
perangsang untuk menaikkan semangat Umar
agar kembali di atas jalan da’wah dan tarbiyyah.

‘’Tadi, nak luruh jantung ana bila antum nampak
maksiat yang ana buat. Tak tahu macam mana
nak berhadapan dengan Allah bila Allah
nampakkkan semula maksiat tu di padang
mahsyar nanti,’’ Umar betul-betul menyesal.

‘’Umar, bertaubatlah. Allah Maha Pengampun.
Manusia memang sentiasa ada kederhakaannya
pada Allah, sebab tu lah kita hajat pada tarbiyyah
untuk memelihara diri kita. Kita tak boleh hidup
sorang-sorang di dunia yang banyak perangkapnya
ni. Musang akan cepat menyambar kambing yang
duduk sorang-sorang,’’ Faizi mengatur kata. Umar
memeluk Faizi. Seterusnya Dr Azmin,
Syamil,Banna, Hanif dan Hizbi turut dirangkul erat.
Jiwanya sebak.

(aku bertuah kerana ada sahabat macam korang
semua…Aku bosan dengan perjuangan, tapi aku
tak pernah bosan ada kawan macam korang. Aku
tahu, roh perjuangan yang aku cuba lari darinya
itulah yang menjadikan korang sebaik ini…)

***********************************************************
**

‘’Keluarga Hanif merisik nti? Alhamdulillah…
Bertuah nti kerana akan dapat sahabat kita nanti.
Ana teringatkan kak Safar, kak Aisyah, kak
Husna, kak Akmal dan kak Farah. Mereka semua
sanggup tak kahwin lagi semata-mata menanti
pinangan sahabat-sahabat kita. Bukan mereka tak
laku, tapi mereka nak bersama orang yang boleh
membawa mereka terus istiqomah di atas jalan
tarbiyyah dan dakwah,’’ Asiah Yusro tumpang
gembira dengan berita yang terpancul dari mulut
Maziah namun berita itu membawanya terkenang
kepada beberapa orang sahibah sefikrah yang
masih belum berumah-tangga.

‘’Ana pun ada mendengar tentang kak Akmal
yang dipaksa kahwin oleh keluarganya dengan
seorang lelaki. Lelaki tu bukan dalam kalangan
sahabat kita dan kurang pula kefahamannya
tentang tarbiyyah dan da’wah,’’ tambah Maziah.

‘’Kasihan kak Akmal. Dia mengalami konflik
dengan keluarganya sekarang ni,. Sama-samalah
kita doakan dia, Apa yang ana kesalkan,tak de
sorangpun sahabat yang tampil berkorban untuk
selamatkan kak Akmal sedangkan isu ni dan lama
dibangkitkan,’’ Asiah Yusro bersuara kesal.

‘’Masakan tidak, ramai sahabat nak cari orang
luar. Selalunya, dalam bab a’mal Islami yang lain
kita boleh berpadu kefahaman dan tindakan tapi
dalam bab memilih jodoh, ramai sahabat yang nak
cari sendiri. Mereka tak nak lagi ambil Islam
secara menyeluruh. Yang cantik je menjadi
pilihan, yang kurang cantik dipinggirkan,’’ Maziah
mencebik bibir. Lipatan tudungnya dibetulkan.

‘’Betul. Sepatutnya mereka mengambil pengajaran
daripada hadith yang menyuruh mereka lebih
memandang agama seseorang gadis melebihi
kecantikan, harta atau keturunannya. Semua itu
akan pudar dan hilang kecuali iman si gadis,’’
Asiah Yusro menyokong kata-kata Maziah.

‘’ Tapi, tak semua sahabat begitu…nak tak nak,
kita kena baik sangka juga dengan sahabat-
sahabat kita. Tengok, ramai yang berjaya bina
baitul da’wah mereka. Kita patut bersyukur kerana
kita pun antara orang yang dilahirkan daripada
baitul da’wah. Malah, berpeluang pula menjadi
bekas pelajar di Sekolah Taman Islam bersama-
sama kebanyakan generasi semaian baitul
da’wah,’’ Asiah Yusro berbaik sangka.

‘’Tengoklah juga Hanif, dia tetap memilih
sahibah…’’ Asiah Yusra mengusik Maziah yang
kelihatan terdiam seketika.

‘’Astargfirullah! Lagho ana nanti…’’ Maziah
membulatkan mata.

‘’Maaf, ana gurau je..’’ Asiah Yusro tersenyum
manis. Maziah geram diusik. Dia berfikir sesuatu,

‘’Yusro, nti pun tentu menjadi rebutan sahabat,’’
Maziah pula yang mengusik.

‘’Ish, tak de lah. Siapalah ana….’’ Asiah Yusro
merendah diri.

‘’Alah, bukan ana tak tahu, nti pernah dicuba
sahabat tapi nti menolaknya,’’ Tercengang Asiah
Yusro mendengar kata-kata itu.

(Ya, Umar Al-Mujahid pernah merisikku. Tapi, aku
tak pernah menolak. Aku cuma diam pada
risikannya. Jauh di sudut hati, aku harap dia faham
bahawa diam itu tanda setuju)

‘’Mana nti tahu?’’ dia terkejut bila rahsianya
terbongkar.

‘’Umi nti kan kawan baik umi ana. Umi nti yang
cerita….


Baru-baru ni pun, mas’ulah kita, Dr. Sal ada minta
biodata dan gambar nti, kan?! Dah tentu ada
sahabat yang berkenan kat nti tu,’’Maziah tertawa
kecil melihat telatah Asiah Yusro yang mula
tertunduk malu.



Di ingatan Asiah Yusro, terimbas kembali
bagaimana Umar Al-Mujahid pernah beberapa kali
menghantar mesej untuk merisik dirinya sebaik
sahaja mereka dipertemukan kembali dalam
universiti yang sama. Tetapi, mesej Umar
terbengkalai tanpa apa-apa jawapan. Bukan Asiah
Yusro tak sukakan Umar Al-Mujahid, namun dia
terlalu terkejut dengan tindakan berani Umar.
Justeru, dia mengabaikan mesej-mesej Umar
begitu sahaja agar perasaan terkejutnya kembali
tenang. Dia terkejut kerana dirisik oleh sahabat
yang paling dikaguminya di Sekolah Taman Islam.
Malah, dia sering melarikan diri daripada
bertembung dengan Umar kerana terlampau malu.
Hatinya resah. Memang, Asiah Yusro tak dapat
lagi menipu diru. Dia juga turut merasakan
bahawa hatinya menaruh harapan terhadap Umar.
Namun, hari-hari yang pantas berlalu, dia terus
disibukkan dengan akademik, Kelab Penulisan,
program-program tarbiyyah dan da’wah daripada
berfikir soal itu. Dia langsung tidak mengambil
tahu perkembangan Umar di universiti. Asiah
Yusro terlampau menjaga hatinya agar tidak
rosak, sakit dan mati kerana diracuni nama
seorang lelaki. Baginya, cinta adalah ujian yang
paling berat dan besar fitnahnya di alam remaja.
Dia bermujahadah untuk tidak terjebak ke dalam
sumur buta itu.

(Entah bagaimana keadaan Umar sekarang…
masihkah dia setia menantiku? Ahh, ku tepis rindu
ini! Aku yakin, dialah orang yang meminta
biodataku dari Dr. Sal sebab tu aku tak kan tanya
Dr. Sal tentang hal ni. Moga, Allah
memudahkanku untuk membina baitul da’wah
idaman bersamanya…) Asiah Yusro bermonolog
sendiri. Memang sesekali hatinya tidak dapat
mengelak daripada berfikir tentang Umar.

Maziah menyergahnya.

‘’Tiba-tiba berkhayal, ye?!Fikirkan masa depan?
Jangan bimbang, nti wanita solehah, tentu
mendapat suami yang soleh juga. Moga-moga di
kalangan sahabat,’’ Maziah mengusik. Dia pula
mengimbas sesuatu. Ibunya berjumpa Dr. Sal dan
ibu Asiah Yusro seminggu yang lepas. Ibu-ibu
mereka berkawan baik dengan Dr. Sal sejak
mereka sama-sama menuntut di universiti yang
sama. Tujuan mereka adalah merisik Asiah Yusro
untuk abangnya, Hassan Al-Banna. Namun, ianya
diluar pengetahuan Asiah Yusro.Maziah sudah
lama menduga abangnya menaruh hati terhadap
teman baiknya sebelum abangnya itu berani
menyuarakan hasrat hati kepada ibu. Ibu
merekalah yang telah meminta gambar dan
biodata Asiah Yusro daripada mas’ulah Asiah
Yusro iaitu Dr Sal.

Bang Umar, baliklah pada Fika. Fika rindu abang
Umar yang Fika kenali dulu,’’ Fika terus memujuk
rayu. Handset Umar sentiasa berirama dengan
mesej dan panggilan daripada gadis itu.

‘’Fika, kita dah tak de apa-apa lagi. Berapa kali
orang nak cakap,’’

‘’Abang, sampai hati abang! Takkan semudah ni
abang nak tinggalkan Fika? Abang tak kasihankan
Fika? Apa salah Fika pada abang?’’ terdengar
suara tangisan Fika. Hati Umar terusik.

‘’Abang, Fika selalu jadi mangsa cinta lelaki.
Selepas Fika dah menaruh harapan tinggi, senang-
senang je lelaki nak tinggalkan Fika. Fika ingat
Fika dah jumpa cinta sejati selepas menemui
abang, tapi rupanya Fika silap. Abang pun sama
macam jantan lain. Abang langsung tak
kasihankan Fika?’’ Umar terus diracuni pujuk rayu
dan tangisan Nur Syafika. Berbisa sungguh
tangisan seorang wanita di hati seorang lelaki.

‘’Fika, abang pun masih sayangkan Fika. Tapi,
abang tak boleh terima bila perhubungan kita ni
atas jalan yang salah, jalan yang Allah tak redhai.
Abang mengakui, abang lemah menghadapi
godaan Fika. Abang tak nak peristiwa tempoh hari
berulang lagi. Fika harus faham, jika Fika
sayangkan perhubungan ni, Fika kembalilah
mencari Allah. Bila hati kita sama-sama mencari
Allah, barulah kita masih ada peluang untuk hidup
bersama,’’

‘’Abang, bimbinglah Fika,’’terus merayu.

‘’Apa yang mampu abang lakukan. Pergaulan kita
terbatas kerana kita adalah mahram. Kalau Fika
betul-betul hajatkan bimbingan, Fika carilah
seorang pelajar bernama Asiah Yusro. Abang
yakin dia boleh bimbing Fika. Kalau tak silap
abang, dia selalu hadiri kuliyah Tazkiyatul Nafs
oleh Dr. Azmin setiap Ahad malam di department
abang,’’


*********************************************************

‘’Banna, ana tak tahan bila selalu dipujuk Fika.
Ana kasihan kat dia. Ana rasa nak kahwin dengan
dia,’’ Umar meluahkan kepada Banna ketika
menziarahi Banna di biliknya.

‘’Umar, ana tengok nta tak pernah nak berkongsi
dengan mas’ul kita tentang masalah nta ni tiapkali
diadakan smart group. Kejap lagi Dr Azmin
datang. Masalah nta ni rumit. Nta perlu ada syuur
perkongsian dengan mas’ul kita. Insyaallah dia
boleh bantu,’’. Smart group minggu ini diadakan di
bilik Banna. Selang beberapa minit mereka asyik
berbual, Dr Azmin pun datang. Mereka bersalam
berpelukan. Tidak lama kemudian Hanif, Hizbi,
Syamil dan Faizi turut menyusul. Kali ini, Umar
berkongsi masalahnya dengan sahabat-
sahabatnya dalam smart group. Setelah
mendengar luahan Umar, masing-masing tampil
memberikan hujah bernas untuk menolong Umar
menyelesaikan masalahnya. Umar terharu dengan
pandangan-pandangan ikhlas sahabat-sahabatnya.



‘’Umar, kita kena sedar matlamat kita yang nak
dicapai. Perjalanan kita masih terlalu jauh dan
berliku. Untuk mencapai matlamat mardhotillah
yang kita idam-idamkan, kita perlukan teman yang
solehah dalam membina baitul da’wah. Generasi
yang nak dilahirkan adalah generasi yang boleh
mewarisi da’wah kita ini,’’ Syamil berhujah matang.

‘’Kenapa nak cari orang luar sedangkan sahibah
kita ramai yang tak kahwin lagi?’’ Faizi menduga.

‘’Sebenarnya, ana dah cuba tackle sorang
sahibah, tapi dia langsung tak layan. Ana tahu ana
tak layak untuk sahibah tu. Dia terlalu baik untuk
ana. Ana ni siapa, banyak dosa! Ana betul-betul
serik nak tackle sahibah lagi. Mereka semua
wanita mulia,’’ wajah Asiah Yusro bermain di
minda Umar.

‘’Nta terlalu cepat membuat kesimpulan daripada
pengalaman yang nta lalui. Mungkin cara nta tak
berapa kena membuatkan sahibah tu belum
terbuka lagi untuk menerima nta saat tu. Nta patut
cuba lagi dengan perantaraan mas’ul kita atau
ibubapa. Mungkin cara tu lebih syaro’ dan boleh
diterima olehnya,’’ Banna menasihatkan.

‘’Ye, kita kena jaga syaro’. Lelaki tak boleh dekati
perempuan dan perempuan tak boleh dekati lelaki
terlalu rapat walaupun dah bertunang sekalipun.
Hanya perkahwinan yang menghalalkan semua
tu.’’ Faizi menyokong. Umar terdiam seketika.



‘’Ana sedar. Itulah dosa yang ana buat dengan
Fika. Semuanya setelah ana putus asa tackle
sahibah tu. Kalaulah ana masih di Sekolah Taman
Islam, tentu ana tak jadi macam ni,’’ sesalan Umar
tidak sirna.

‘’Umar, kat sini baru kita boleh nampak kualiti
sebenar diri kita. Kita harus sedar bahawa kita
takkan selamanya berada dalam suasana seperti
di Taman Islam. Di sinilah kita perlu berperanan
untuk mengubah apa jua suasana yang kita lalui
dan menjadikannya sebagai suasana mendidik,
suasana tarbiyyah. Kita tak nak larut dengan
suasana, seterusnya menjadi sembelihan kepada
sistem,’’ Syamil tak lupa memainkan peranannya.

‘’Ana rasa nta tak boleh go on dengan Fika
walaupun dia kata dia nak berubah. Nta ibarat
permata yang gemilang untuk Islam. Nta kena cari
sahibah,’’ Hizbi mengemukakan pendapat
peribadinya.

‘’Apa pendapat Dr.?’’ Hizbi bertanya pendapat Dr.
Azmin yang cuma diam berfikir. Mas’ul sudah
tentu banyak pengalaman.

‘’Ana malu nak menyuruh nta cari sahibah kerana
ana sebagai mas’ul pun cari orang luar dulu. Tapi
Alhamdulillah, dia dah mula ada kesedaran
tarbiyyah dan da’wah. Tambah-tambah lagi bila
ana kahwin lagi satu dengan seorang sahibah.
Banyak dia dapat manfaat daripada isteri kedua
ana. Alhamdulillah mereka boleh hidup rukun
damai, sama-sama berusaha mencetak pewaris
da’wah daripada zuriat kami,’’ mas’ul mereka
meluahkan. Mereka semua memandang tepat
anak mata Dr Azmin yang jernih berkaca.

‘’Walaubagaimanapun, ana sangat-sangat
bersetuju dengan saranan untuk mencari sahibah
sebagai sayap kiri perjuangan. Ana dah lalui,
kahwin dengan orang luar dan sahibah ni banyak
bezanya. Bayangkan wanita yang tak lalui
tarbiyyah dan kurang persiapan Islam
menyebabkan beban da’wah kita lebih berat dalam
baitul da’wah. Tarbiyyah untuk zuriat kita pun akan
turut tergugat. Siapa lagi kalau bukan kita yang
terpaksa pikul semua tu?’’ Dr Azmin berkongsi
pengalaman berharga.

‘’Sekarang ni pun, ada beberapa orang sohibah
kita yang masih tak kahwin. Siapa lagi yang nak
selamatkan mereka daripada terlepas ke tangan
orang yang tak faham tarbiyyah dan da’wah kalau
bukan kamu semua?’’ Masing-masing terdiam.

‘’Antum semua dah di tahun akhir. Perkahwinan
makin dekat dengan antum. Sekarang ni, ada
seorang sohibah yang dipaksa

Posted at Friday, March 31, 2006 by noor atiqah
 


Next Page





noor atiqah
October 12th 1990  (Age 19)
Female
Kuala Lumpur






Myspace Layouts, Myspace Codes, Myspace Graphics
assalamualaikum....
salam ukhwah di ucapkan..
terima kasih kerana sudi menjenguk page sy yg tak seberapa ni...

Your Japanese Name Is...

Sakuko Kimura


DEMI MASA!!!




Free Hit Counter
















   

<< April 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30








"MUTIARA KATA"


" jangan difikir derita akan berpanjangan,

kelak akan membawa putus asa pada Tuhan....,

ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan,

setelah kabus berlalu pasti cerah kembali...,


ujian adalah tarbiyah dari Allah..,

adakah kita akan sabar ataupun sebaliknya?,

kesenangan yang datang selepas kesusahan....,

semuanya adalah nikmat dari Allah.."


"MUTIARA KATA"

ILMU IALAH JAMBATAN UNTUK MENGHARUNGI SELAUTAN CABARAN



"MUTIARA KATA"

sayangi sebuah perkenalan kerana..

dsitu terciptanya kemesraan,sayangi sebuah persahabatan...

kerana disitu terciptanya kerinduan...,

hargai kedua2nya kerana itulh Rahmat Tuhan...



"MUTIARA KATA"

Orang yang berakal itu orang yang dapat mengawal...

segala sifat-sifat mazmumah (keji).

-imam as-shafie-




"MUTIARA KATA"

Hendaklah akalmu berilmu

pengetahuan sebelum kamu menjadi ketua...,

sebab setelah kamu menjadi ketua,

tiada jalan lain bagi kamu mencari pengetahuan.

-imam as-shafie-



"MUTIARA KATA"

Barangsiapa takut Allah nescaya tidak dapat lihat marahnya.

Dan barangsiapa takutkan Allah

tidak sia-sia apa yang dia kehendaki.

-saidina umar-



"MUTIARA KATA"

Sesungguhnya hamba itu apabila kedatangan

ujub dengan sesuatu daripada perhiasan dunia,

nescaya Allah murka kepadanya hinggan dia menceraikan perhiasan itu.

-saidina abu bakar-



"MUTIARA KATA"

Jangan kamu mengharapkan seseorang hamba itu melainkan

kepada Tuhannya dan janganlah dia takut melainkan dosanya

-saidina ali-



























layak ke mawi jadi idola remaja?
ya,(nyatakan sebab!)
tidak layak!(nyatakan sebab)
  
Free polls from Pollhost.com





|+| Mutiara Kata Loh.. |+|


Cantik wanita kerana kerjernihn wajah,
Manis wanita kerana senyuman yang indah,
Ayu Wanita kerana keserdehanaan lahiriah,
Hebat wanita kerana KEIMANAN YANG TEGUH!

-SAYANGI DIRI..KASIHI DIRI...KERANA DIRIMU BERGITU BERHARGA!-





Doa seorang muslim untuk saudaranya yang
dilakukan tanpa sepengetahuan orang yang
didoakannya adalah doa yang akan di kabulkan.
Pada kepalanya ada seorang malaikat yang
menjadi wakilnya, setiap kali dia berdoa untuk
saudaranya dengan sebuah kebaikkan, maka
malaikat tersebuat akan berkata amin dan kamu
pun akan mendapatkan apa yang dia dapatkan

(HR Muslim).



tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
jika diri x sehebat SULAIMAN,
mengapa mengharap teman setampan YUSOF,
andai kasih x setulus ZULAIKHA,
tak perlu mencari teman seteguh IBRAHIM,
andai diri x sekuat HAJAR,
mengapa mendamba kasih sempurna MUHAMMAD atau KHADIJAH,
andai diri hanya insan biasa..bukan INSAN ISTIMEWA



Aku ingin...sesetia Khadijah,sepintar Aishah,
sepemurah Fatimah,setaat Salmah,
secekal Zainab,semerdu A'tikah,
setabah Masyitah,sekental Summayah,
seberani Safiah, selembut Rumaisha....



"seseorang wanita itu lebih cantik drpd sebuah mangkuk yg cantik...
wanita yg menutup auratnya itu lebih manis drpd madu dan mendapatkan
mendapatkan seorang wanita yg x pernah dilihat org lain kecuali muhrimnya....lebih susah drpd meniti sehelai rambut...!!

















...::Lubaina::...

...::Duck::...
...::Firdaus::...

...::khasree::...


...::Heliconia::...,

...::mira::...,

...::Nieys::...,

...::Awan Badai::... "


" ...::Ana Lara::... "

...::Neezmo::... "

...::Abiumar::... "

...::sinonyx::...
If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed