Thursday, April 27, 2006
bertuahnya bersuamikan lelaki dalam petikan ini...

Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa
> > isteri ke 'Mahkota Medical Centre', dia mengadu
> > kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya
> > lenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung kot?" Dia
> > kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya
> > bawak dia jumpa doktor dan ternyata.... isteri saya
> > mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah.Maka
> > bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa
> > depan akan pastinya berubah lagi.
> >
> > Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini
> > senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning
> > sickness yang teruk sekali bagi isteri
> > saya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa.
> > Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak.
> > Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur,
> > kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja
> > solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur
> > kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya.
> > Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu,
> > sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya
> > sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang
> > dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran
> > sehingga isteri saya terlelap.Memang kebiasaan
> > sebelum mengandung pun saya akan membaca
> > Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur
> > sehinggalah dia terlelap.
> >
> > Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya
> > sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam
> > kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu
> > sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan
> > janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya
> > ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula dengan
> > kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab
> > 'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata
> > saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin
> > survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak
> > berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan
> > anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada
> > kemudian hari adalah diluar bidang kuasa
> > saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya.
> >
> > Saya bercerita kepadanya tentang Allah,
> > zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali
> > bercerita kepada diri saya. Ada yang menghantar
> > email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar
> > tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya
> > untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya
> > yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak
> > kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?
> >
> > 1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah
> > waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua
> > pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub
> > conscius mind) adalah paling optimum ketika
> > ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).
> >
> > 2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan
> > kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke
> > ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.
> >
> > 3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah
> > ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al
> > fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam
> > hati dan jangan putuskan zikir anda.
> >
> > 4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah
> > di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah
> > dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai>
> > mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda
> > beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati
> > isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan
> > berselawat, banyak bersabar.
> >
> > Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa
> > sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir
> > anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat
> > anda
> >
> > 5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang
> > menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya
> > bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan
> > anda berjaya dengan kaedah ini.
> >
> > Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An
> > Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa
> > Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi
> > sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam
> > Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia
> > dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu
> > aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang
> > belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin
> > disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah)
> > ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga
> > sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak
> > dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik
> > akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih
> > segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri
> > kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita
> > sendiri.
> >
> > Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang
> > membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa
> > berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah
> > sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya
> > nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh
> > Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah
> > para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu
> > kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara
> > saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa
> > pula kata mereka nanti.
> >
> > Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun yenyak
> > dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin
> > disisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman
> > rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi
> > saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak
> > yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang dan
> > bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri
> > saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami
> > akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa
> > depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.
> >
> > Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim
> > piatu yang ditinggalkan ditengah padang rumput,sehingga
> > sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini
> > saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud
> > salasilah keturunan yang baru.Saya bertekad dalam
> > hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan
> > saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya
> > biarkan menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidak
> > akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu
> > dibohongi yang teddy bear adalah'mama'nya seperti
> > saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia
> > tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi.Sudah terlalu
> > banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud
> > menyembah ilahi.Pesan guruku air mata lelaki
> > jangan ditumpahkan sia-sia.
> >
> > Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya
> > kuncikan pintu dan ke kamar tidur.Isteri saya
> > telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah 'bintang timur'
> > dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam
> > hidup saya,memberi harapan,keyakinan,kesetiaan dan
> > cintanya kepada saya.Insyallah tidak lama lagi,akan muncul
> > 'bintang timur kecil' dalam hidup saya
wassalam

Posted at Thursday, April 27, 2006 by noor atiqah
 

TITISAN AIR MATA YG MENEMANI….


"Allah,
jalan ini kian terhala,
terangnya sinar dihadapan mempersona,
kaki ini melangkah setapak,
menjengah laluan ini,
nyata, lurus dan penuh redhaNYA...

Allah,
bunga bungaan ditepian jalan,
seolah mengajakku segera,
menuju destinasi dihadapan,
dengan ikhlas di hati,
semai cinta illahi,
dakap kasih sayangMU,
berpegang teguh agamaMu,
menuju jalan musafirku ini...

Kadangkala tersungkur,
ujian hebat pada iman didada,
waktu getir yang menguji nilai keredhaan,
sabar,
kalimah agungMu buat setiap hamba yang diuji...

Allah,
Seorang pendeta kecil hadir,
menyentak jiwa remajaku,
seolah terkaku dan terkesima,
akhlak indah yang terzahir,
kalamMu yang dibawanya,
jalan hidupnya itu,
sedang asyik memerhatiku,
asing kukira,
namun, masih bisa melempar senyum...

Allah,
Pendeta kecil itu,
adakah wasilah dariMU,
kerna tidak ku pinta hadirnya,
pada perjalanan ini,
mungkin belum tiba waktu,

Allah,
Senyuman dari pendita kecil itu,
kalam ingatan yang didengarkan padaku,
kalimah agung memujiMU,
buat ku akur kini,
ia sedang memimpinku,
lalu saya bersyukur,
perjalanan ini berteman,
walau negeri abadi,
sendirian menghadap MU,Allah...

Ku iringi jalanku ini bersama wahyu dariMU,
serta nilai setia pada pendita itu,
yang dengan taqdirMu,
bertemu dan berpisah kernaMu,tuhanku,

Kuserahkan cinta pada yang haq,
Allahu Rabbi...

Posted at Thursday, April 27, 2006 by noor atiqah
 

Monday, April 24, 2006
Sejarah Solat 5 Waktu!!

Kisah Tauladan Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.

SUBUH

Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

i) Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
ii) Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.


ZOHOR

Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.

i) Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
ii) Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
iii) Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
iv) Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.


ASAR

Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:
i) Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
ii) Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
iii) Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
iv) Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.


MAGHRIB

Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:

i) Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
ii) Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
iii) Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.


ISYAK

Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

i) Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
ii) Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
iii) Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
iv) Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun

Posted at Monday, April 24, 2006 by noor atiqah
 


Next Page





noor atiqah
October 12th 1990  (Age 19)
Female
Kuala Lumpur






Myspace Layouts, Myspace Codes, Myspace Graphics
assalamualaikum....
salam ukhwah di ucapkan..
terima kasih kerana sudi menjenguk page sy yg tak seberapa ni...

Your Japanese Name Is...

Sakuko Kimura


DEMI MASA!!!




Free Hit Counter
















   

<< April 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30








"MUTIARA KATA"


" jangan difikir derita akan berpanjangan,

kelak akan membawa putus asa pada Tuhan....,

ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan,

setelah kabus berlalu pasti cerah kembali...,


ujian adalah tarbiyah dari Allah..,

adakah kita akan sabar ataupun sebaliknya?,

kesenangan yang datang selepas kesusahan....,

semuanya adalah nikmat dari Allah.."


"MUTIARA KATA"

ILMU IALAH JAMBATAN UNTUK MENGHARUNGI SELAUTAN CABARAN



"MUTIARA KATA"

sayangi sebuah perkenalan kerana..

dsitu terciptanya kemesraan,sayangi sebuah persahabatan...

kerana disitu terciptanya kerinduan...,

hargai kedua2nya kerana itulh Rahmat Tuhan...



"MUTIARA KATA"

Orang yang berakal itu orang yang dapat mengawal...

segala sifat-sifat mazmumah (keji).

-imam as-shafie-




"MUTIARA KATA"

Hendaklah akalmu berilmu

pengetahuan sebelum kamu menjadi ketua...,

sebab setelah kamu menjadi ketua,

tiada jalan lain bagi kamu mencari pengetahuan.

-imam as-shafie-



"MUTIARA KATA"

Barangsiapa takut Allah nescaya tidak dapat lihat marahnya.

Dan barangsiapa takutkan Allah

tidak sia-sia apa yang dia kehendaki.

-saidina umar-



"MUTIARA KATA"

Sesungguhnya hamba itu apabila kedatangan

ujub dengan sesuatu daripada perhiasan dunia,

nescaya Allah murka kepadanya hinggan dia menceraikan perhiasan itu.

-saidina abu bakar-



"MUTIARA KATA"

Jangan kamu mengharapkan seseorang hamba itu melainkan

kepada Tuhannya dan janganlah dia takut melainkan dosanya

-saidina ali-



























layak ke mawi jadi idola remaja?
ya,(nyatakan sebab!)
tidak layak!(nyatakan sebab)
  
Free polls from Pollhost.com





|+| Mutiara Kata Loh.. |+|


Cantik wanita kerana kerjernihn wajah,
Manis wanita kerana senyuman yang indah,
Ayu Wanita kerana keserdehanaan lahiriah,
Hebat wanita kerana KEIMANAN YANG TEGUH!

-SAYANGI DIRI..KASIHI DIRI...KERANA DIRIMU BERGITU BERHARGA!-





Doa seorang muslim untuk saudaranya yang
dilakukan tanpa sepengetahuan orang yang
didoakannya adalah doa yang akan di kabulkan.
Pada kepalanya ada seorang malaikat yang
menjadi wakilnya, setiap kali dia berdoa untuk
saudaranya dengan sebuah kebaikkan, maka
malaikat tersebuat akan berkata amin dan kamu
pun akan mendapatkan apa yang dia dapatkan

(HR Muslim).



tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
jika diri x sehebat SULAIMAN,
mengapa mengharap teman setampan YUSOF,
andai kasih x setulus ZULAIKHA,
tak perlu mencari teman seteguh IBRAHIM,
andai diri x sekuat HAJAR,
mengapa mendamba kasih sempurna MUHAMMAD atau KHADIJAH,
andai diri hanya insan biasa..bukan INSAN ISTIMEWA



Aku ingin...sesetia Khadijah,sepintar Aishah,
sepemurah Fatimah,setaat Salmah,
secekal Zainab,semerdu A'tikah,
setabah Masyitah,sekental Summayah,
seberani Safiah, selembut Rumaisha....



"seseorang wanita itu lebih cantik drpd sebuah mangkuk yg cantik...
wanita yg menutup auratnya itu lebih manis drpd madu dan mendapatkan
mendapatkan seorang wanita yg x pernah dilihat org lain kecuali muhrimnya....lebih susah drpd meniti sehelai rambut...!!

















...::Lubaina::...

...::Duck::...
...::Firdaus::...

...::khasree::...


...::Heliconia::...,

...::mira::...,

...::Nieys::...,

...::Awan Badai::... "


" ...::Ana Lara::... "

...::Neezmo::... "

...::Abiumar::... "

...::sinonyx::...
If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed