 |

Wednesday, March 22, 2006
manusia,malaikat dan syaitan
Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh...
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk nih...
Manusia - Nak makan, laparlah
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla...dah lapar nih
Manusia - Hari ni nak pakai apa yerk?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yg menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, lagipun takde style langsung!
Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai anak Adam, nanti terlewat untuk ke kuliah
Syaitan - Nak cepat-cepat buat apa? Lambat lagi...baru pukul 8.30am...
Manusia - Azan sudah kedengaran...
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah
Syaitan - Baru pukul berapa....
Manusia - Eh, eh....tak boleh tengok nih, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat
Syaitan - Perggghh...best tu....
Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang....
Manusia - Elok kalau akuu sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa sesusah...
Manusia - Aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, kamu telh berdosa, tinggalkanlah dosa itu dan bertaubatlah, sesunggunya Allah Maha Pengampun..
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat (kalau sempat)..
Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu
Syaitan - Jangan bimbang, tak ada sesiapa yang tahu...
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu.
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan di akhirat (jangan mimpilah!) untukmu...
p/s : Sama2lah kita CUBE amal...biar sikit tapi konsisten.
Posted at Wednesday, March 22, 2006 by noor atiqah
Sujud lega sistem pernafasan. MUNGKIN ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh: - membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya. - membetulkan pundi peranakan yang jatuh. - melegakan sakit hernia. (burut) - mengurangkan sakit senggugut ketika haid. - melegakan paru-paru daripada ketegangan. - mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. - kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh. - meringankan bahagian pelvis. - memberi dorongan supaya mudah tidur. - menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. - pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatic memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik. - bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada. - mengurangkan kegemukan. - pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke ! tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions). - organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen. - mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala danmigrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna. Tujuh kalimat > > > > > > > > > > Sabda Rasulullah S.A.W > > > > > > > > > > > > > > " Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut " 1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu. 2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu. 3. Mengucap Astagfirullah jika lidah tersilap perkataan yang tidak patut 4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok. 5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini. 6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah. 7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa!
Posted at Wednesday, March 22, 2006 by noor atiqah
NGATLAH WAHAI SEMUA UMAT ISLAM.. PERNYATAAN DIBAWAH INI, MERUPAKAN SURAT BERANTAI.. DAN HUKUMNYA ADALAH HARAM DISEBARKAN.. KERANA IA ADALAH SEBESAR-BESAR KHURAFAT, BID'AH LAGI SESAT YANG BOLEH MENYEBABKAN TERGELINCIR AQIDAH.. . APA-APA YANG BERLAKU PADA KITA SAMADA BAIK ATAU BURUK ADALAH TAKDIR ALLAH YANG WAJIB DIIMANI, TIADA KENA MENGENA DENGAN MAKHLUK ALLAH.. JANGAN SEBARKAN... JANGAN SEBARKAN... JANGAN TERPENGARUH DENGAN DAKYAH KRISTIAN YANG CUBA MEMESONGKAN AQIDAH KITA UMAT ISLAM. MUDAH-MUDAHAN KITA DIPELIHARA ALLAH DARI MURTAD... AAMIIIIIN YA RABBAL 'ALAMIN
INGATLAH APABILA ANDA MENERIMA WASIAT INI, JANGANLAH
DIBIARKAN ATAU DIABAIKAN DAN NIAT ANDA MENGEDARKAN.
WASIAT INI ADALAH KERANA ALLAH, DAN BUKANYA TAKUT
TERHADAP BENCANA YANG AKAN MENIMPA.
WASIAT UNTUK UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA.
Daripada Sheikh Ahmad - Madinah, Saudi Arabia, pada suatu malam ketika hamba membaca Al-Quran di makam Rasullullah s.a.w. selepas hamba membaca lalu tertidur. dalam tidur, hamba bermimpi Rasullullah s.a.w. mendatangi hamba lalu bersabda:- dalam 60,000 orang yang meninggal dunia di zaman ini, tak seorang pun matinya dalam keadaan yang beriman.
1. Isteri tiada mendengar kata-kata suami,
2. Orang kaya tidak lagi bertimbangrasa kepada orang miskin.
3. Ramai yang tidak berzakat dan tidak lagi berbuat kebajikan. Sampaikan kepada orang-orang Islam ini, supaya membuat kebajikan kerana hari penghabisan akan tiba di mana:-
# Semua bintang akan terbit dari langit, sesudah itu pintu langit akan tertutup.
# Tulisan dalam Al-Quran akan hilang.
# Matahari akan turun di atas kepala.
Pesan Hamba :-
1. berselawatlah untuk junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.
2. bertaubatlah dengan segera sementara pintu taubat masih terbuka.
4. Janganlah derhaka kepada ibu-bapa.
Untuk peringatan !!
1. seorang saudara bombay telah menerima wasiat ini dan beliau telah mencetak 20 salinan dan mengirimkan kepada orang lain. Ia kemudia dianugerahi Allah dengan mendapat keuntungan besar dalam perniagaannya.
2. seorang hamba Allah telah menerima wasiat serupa tetapi tidak mengindahkannya dan menggangap wasiat ini adalah palsu, maka selang beberapa lama anaknya meninggal dunia.
3. pada tahun 1977b Tun Dato' Mustapha, bekas ketua menteri Sabah menerima wasiat ini, kemudian beliau mengarahkan setiausahanya mencetak sebanyak 20 salinan dan menghantarkan kepada orang maka selang berapa hari kemudian dia telah menerima hadiah pertama dari Kebajikan Masyarakat di Malaysia Timur.
4. Tan Sri Ghazali, bekas menteri secara tidak langsung telah di pecat daripada jawatanya kerana apabila menerima wasiat ini beliau telah terlupa mencetak 20 salinan untuk diedarkan kepada orang lain. Tetapi beliau telah menyesal dengan kesilapanya lalu segera membuat 20 salinan dan terus mengirimkan kepada orang lain. Beberapa hari kemudian beliau telah dilantik menjadi menteri kabinet.
5. Perdana Menteri Zulfikar Ali Bhutto telah menerima wasiat ini dan tidak percayakan kebenarannya dan anggapannya palsu lalu dibuangkannya ke dalam tong sampah. seminggu kemudian beliau telah dijatuhkan hukuman pancung sampai mati.
6. Terengganu, seorang perkerja bengkel kenderaan menerima wasiat ini dari pengirim yang tidak dikenali dari perak. lalu membuat 20 salinan sepertimana dituntut. Alhamdulillah dia telah dianugerahi seorang gadis berakhlak sebagai isteri. Baginya penganugerahan ini paling agung dan tidak ada tolak bandinganya.
7. Di terenganu juga seorang Hamba Allah telah menerima wasiat ini dari kawannya di melaka, malangnya dia tidak mengindahkannya dan mengatakan ianya bohong belaka dan sengaja diada-adakan untuk menakut-nakutkan orang yang membacanya, berapa hari kemudian dia mendapat penyakit ganjuil dan penderitaannya sukar dirawat oleh doktor, akhirnya beliau teringat akan wasiat ini yang masih ada dalam simpanannya, lalu menyuruh sepupunya mencetak wasiat ini dan berikan kepada orang lain. seminggu kemudian beliau pun beransur pulih sehingga sekarang. Banyak lagi contoh orang-orang yang menerima wasiat ini dan tidak mempercayai dan tidak mengirimkan kepada orang lain di mana mereka mendapat pelbagai malapetaka. Setelah mengenangkan kejadian yang mengembirakan.
SEMOGA PERINGATAN INI AKAN MEMBERIKAN KITA SATU KEKUATAN UNTUK MENGEMBANGKAN DAKWAH ISLAMIAH KEPADA SEMUA UMAT MANUSIA DILUAR SANA...
JANGANLAH KITA BERSIKAP SAMBIL LEWA KERANA JIKALAU KITA MEMPUNYAI SIKAP SEPERTI ITU,IANYA HANYA AKAN MERUGIKAN DIRI KITA SAHAJA...
PERBANYAKKANLAH DOA KITA KEPADA ALLAH DISAMPING KITA MELAKSANAKAN PERINTAHNYA YANG LAIN DENGAN HATI YANG TULUS DAN IKHLAS....
AMIN.....!!
Posted at Wednesday, March 22, 2006 by noor atiqah
|
 |
|
|
|
 |
|
 |
 |
|

|+| Mutiara Kata Loh.. |+|
Cantik wanita kerana kerjernihn wajah, Manis wanita kerana senyuman yang indah, Ayu Wanita kerana keserdehanaan lahiriah, Hebat wanita kerana KEIMANAN YANG TEGUH!
-SAYANGI DIRI..KASIHI DIRI...KERANA DIRIMU BERGITU BERHARGA!-
Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa sepengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan di kabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakilnya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikkan, maka malaikat tersebuat akan berkata amin dan kamu pun akan mendapatkan apa yang dia dapatkan
(HR Muslim).
tak perlu mencari teman secantik BALQIS, jika diri x sehebat SULAIMAN, mengapa mengharap teman setampan YUSOF, andai kasih x setulus ZULAIKHA, tak perlu mencari teman seteguh IBRAHIM, andai diri x sekuat HAJAR, mengapa mendamba kasih sempurna MUHAMMAD atau KHADIJAH, andai diri hanya insan biasa..bukan INSAN ISTIMEWA
Aku ingin...sesetia Khadijah,sepintar Aishah, sepemurah Fatimah,setaat Salmah, secekal Zainab,semerdu A'tikah, setabah Masyitah,sekental Summayah, seberani Safiah, selembut Rumaisha....
"seseorang wanita itu lebih cantik drpd sebuah mangkuk yg cantik... wanita yg menutup auratnya itu lebih manis drpd madu dan mendapatkan mendapatkan seorang wanita yg x pernah dilihat org lain kecuali muhrimnya....lebih susah drpd meniti sehelai rambut...!!
|
|
|