 |

Thursday, April 13, 2006
Di Mana Cantiknya Seorang Muslimah?
Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan. Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan.
Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam.
Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.
Anda ingin lebih cantik dan menarik ???
.. Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.
.. Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.
.. Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.
.. Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.
.. Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.
.. Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.
.. Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".
.. Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat. Embarassed Embarassed
Posted at Thursday, April 13, 2006 by noor atiqah
Tuesday, April 11, 2006
Manusia berbicara setiap masa. bicara yg baik akn membawa keselamatan dan kebaikan kpd manusia. jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akn merana di dunia dan akhirat. di sunia akn dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati org lain akn menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka.
Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan Allah itu tidak digunakan berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan utk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.
Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkara-perkara lagha(sia-sia).
HIKMAH DIAM
1) Sebagai ibadah tanpa bersusah-payah 2) Perhiasan tanpa berhias 3) Kehebatan tanpa kerajaan 4) Benteng tanpa pagar 5) Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang 6) Istirehat bg kedua malaikat pencatat amal 7) Menutupi segala aib.
Hadith2 Rasulullah mengenai kelebihan diam yg bermaksud:
* "Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". (RIWAYAT ABU NAIM)
* "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". (RIWAYAT BUKHARI DAN MUSLIM)
* "Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya". (RIWAYAT AT- TARMIZI)
Madah dari BERDIAM:
** BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KERANA KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORANG CERDIK YANG PENDIAM LEBIH BAIK DARI ORANG BODOH YANG BANYAK CAKAP.
** MENASIHATI ORANG YANG BERSALAH, TIDAK SALAH. YANG SALAH BILA MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG.
** KALAU ORANG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YANG SEBENARNYA ORANG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.
Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara2 yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kepada kekuatan iman pada diri manusia..
oleh itu, sampai2kanlah ilmu ini, dari Abdullah bin Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:
" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
Wallahu'alam...
Posted at Tuesday, April 11, 2006 by noor atiqah
Tuesday, April 04, 2006
sekadar renungan bersama....
salam 'alaiki...
Sabda Rasulullah S.A.W: " Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "
1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu. 2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu. 3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut 4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok. 5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini. 6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah. 7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah- mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, kerana sudah biasa!
Posted at Tuesday, April 04, 2006 by noor atiqah
|
 |
|
|
|
 |
|
 |
 |
|

|+| Mutiara Kata Loh.. |+|
Cantik wanita kerana kerjernihn wajah, Manis wanita kerana senyuman yang indah, Ayu Wanita kerana keserdehanaan lahiriah, Hebat wanita kerana KEIMANAN YANG TEGUH!
-SAYANGI DIRI..KASIHI DIRI...KERANA DIRIMU BERGITU BERHARGA!-
Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa sepengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan di kabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakilnya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikkan, maka malaikat tersebuat akan berkata amin dan kamu pun akan mendapatkan apa yang dia dapatkan
(HR Muslim).
tak perlu mencari teman secantik BALQIS, jika diri x sehebat SULAIMAN, mengapa mengharap teman setampan YUSOF, andai kasih x setulus ZULAIKHA, tak perlu mencari teman seteguh IBRAHIM, andai diri x sekuat HAJAR, mengapa mendamba kasih sempurna MUHAMMAD atau KHADIJAH, andai diri hanya insan biasa..bukan INSAN ISTIMEWA
Aku ingin...sesetia Khadijah,sepintar Aishah, sepemurah Fatimah,setaat Salmah, secekal Zainab,semerdu A'tikah, setabah Masyitah,sekental Summayah, seberani Safiah, selembut Rumaisha....
"seseorang wanita itu lebih cantik drpd sebuah mangkuk yg cantik... wanita yg menutup auratnya itu lebih manis drpd madu dan mendapatkan mendapatkan seorang wanita yg x pernah dilihat org lain kecuali muhrimnya....lebih susah drpd meniti sehelai rambut...!!
|
|
|